Wednesday, December 29, 2004

Salam Penghujung Tahun 2004

Senandung Rindu Mendayu

Rindu yang mencengkam jiwa entah bila kan terlerai.. bukan kerinduan pada insan yang bergelar teman atau kekasih, tapi kerinduan pada sebuah ketenangan dan kebahagiaan hati. Sedang diam-diam menyiapkan kerja.. tiba- tiba mulut bernyanyi lagi lirik yang sudah berbulan meniti di bibir yang selalu tersekat di baris pertama..
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
dan sering keliru dengan
Andainya aku pergi dulu sebelummu
hingga akhirnya hari ni aku menemukan sambungannya..
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu

itulah bait lagu Apa Sebenarnya nyanyian Fauziah Latiff yg ku cari tajuknya sebelum ini.

Membicarakan tentang rindu yang mendayu membawa bibir ini terus melagukan lagu syahdu yang seringkali menguatkan jiwaku.. Aku Sebutir Pasir juga nyanyian FL.

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian

Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi


Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu


Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan


Bila mula berbicara soal hati, pasti banyak sendu dari tawa yang mengiringi.. biarkanlah ia ternoktah di sini dan buat yang mengerti saja yang memahami.


29/12/2005

Hari ini hari terakhir dalam tahun ini ifa bekerja. Untuk menghabiskan quota cuti tahunan, esok ifa akan mula bercuti dan pulang ke Kuala Lumpur.. hehe.. balik Shah Alam sebenarnya.

Kalau ikutkan hati, memang nak bercuti tapi nak tinggal di Kuantan saja untuk menyiapkan tugasan yang melambak. Demi seorang ibu, bercuti juga aku untuk membantu beliau membantu saudara yang akan mengadakan walimah pernikahan pada 1 Januari ini.

Tahun ini telah dilalui dengan segala suka duka kehidupan. Segalanya datang dan pergi..

SELAMAT TAHUN BARU 2005..

biar beronak liku perjalanan yang ditempuhi..
hidup ini hanyalah persinggahan sebelum tiba ke tempat yang abadi
dlm hidup kita hanya ada dua pilihan, makan pilihlah yang baik-baik
semoga apa jua yang dicita-impikan kan menjadi kenyataan
GAMBATTE KUDASAI!

Tuesday, December 28, 2004

Mengapa Kasih

Mengapa Kasih I

Entah mengapa tiba-tiba, lagu nyanyian Sheila Majid ini yang terngiang-ngiang di telinga dan berlegar-legar di ruang ingatan.. dan aku terbayang wajah Sh dan segenap rintangan yang mendatang...

Mengapa kasih
Engkau membisu
Bermuram wajah tiada menentu

Mengapa kasih
Engkau begini
Sepuas hati ku cuba memujuk

Mungkinkah aku mesti berlalu
Membiar dan tak mengganggu
Mungkinkah aku mesti mengaku
Berlaku yang tak kau restu
Mengapa kasih

Mengapa kasih
Terus begini
Ku gerak bahumu oh berkali

Mengapa kasih
Enggan mengadu
Ku perlukan senyuman bibirmu


Sayang,
Maafkan ifa.
Benar kita ditakdirkan bertemu jodoh untuk bersua..
..mungkin bukan jodoh kita untuk hidup bersama.


Mengapa Kasih II

Aku pun tak tahu mengapa akhir akhir ini hanya kisah duka lara yang menghiasi coretan akhir tahun di laman ini. Sekadar berkongsi rasa mungkin..

Oh ya, liburan saat Natal kelmarin tanpa ku sangka menemukan aku kembali dengan si dia dulu yang pernah ku sayang. Setelah hampir 2 tahun tidak bersua, mungkin Tuhan yang mengaturnya. Pertemuan tidak lebih 20 minit itu berakhir dengan berita bahwa dia sudah bertunang dan dia beria-ia memberitahu akan kehadiran tunang nya itu hanya setelah perpisahan kami. Aku hanya tersenyum sendiri bila mengingatkan kembali tingkah laku dan tutur katanya pada pertemuan itu.

K masih mahu memanggil aku, "dinda" walaupun bertahun kenangan itu berlalu. Aku sekadar memberitahunya yang aku tidak menyuruh dan aku juga tidak melarang. Terpulang padanya. Malah bila ditanya sama ada aku akan melupakannya. Aku juga cuma mampu menjawab hanya masa yang akan menentukan. Maafkan aku, K! bukan niatku untuk menyakiti lagi dengan tidak menyambut huluran salam darimu.. tapi terlalu perit untuk aku menerimanya lagi. Apapun, aku doakan moga kau berbahagia dengan apa yang kau usahakan dan kau citakan. Mungkin aku memang begini, ditakdirkan hanya hadir sekadar di pinggiran waktu.

sejujurnya, aku tidak berduka lagi kerna beritamu kerana semuanya telah ku lepaskan sejak pertama kali kaki ku ini ku jejakkan ke bumi Kuantan. Dan..
dengan rela juga aku bersedia untuk melepaskan satu lagi kasih hati yang bukan milikku!

apa yang pasti, ifa yakin.. akan dapat juga mengecap bahagia yang diimpi walau hanya seketika sebelum mata ini tertutup untuk selamanya

ifaalyana:
buat
Cik Daun, moga kewarasan yang tergugah kan kembali teguh dengan ketabahan dan keimanan hatimu yang murni itu. memang pedih bila kita didustai sebegitu lama. sesungguhnya Allah amat menyayangi dirimu, dik!Pasti ARAR akan menerima balasan yang setimpal dengan kesalahannya

Tuesday, December 21, 2004

Terharu

Itulah yang Ifa rasakan sebentar tadi.

Mungkin masih ingat lagi kisah jejaka yang ingin dikahwinkan dengan ifa? Oklah.. senang nak cerita, ifa panggil dia Jia'. Baru je tadi Jia called.

Jia': assalamualaikum..
Ifa : wa'alaikumussalam

Jia': banyak kerja ke?
Ifa : biasa je la. Sapa nih eh?

Jia': orang Klang la.. dah tak ingat saya ye.
Ifa : hehehe.. maaf la nombor baru eh? Ifa tak cam tadi. Jia' eh..

Jia': saya lah.. em, boleh tak, nak cakap nih?
Ifa : boleh.. bercakap tak salah.. tangan masih leh keje.

Jia': tahu kan pasal kenduri walimah saya?
Ifa : emm.. tak jadi buat masa hari natal nih kan?

Jia': ye la.. sebab dengar kata orang tu tak balik.
Ifa : pulak.. sapa? saya ke?

Jia': awak lah!
Ifa : habis tu..

Jia': 1hb new year OK tak?
Ifa : maksud awak?

Jia': yelah, orang tu balik sini tak?
Ifa : bila? 1hb? tak tau lagi.. nape?

Jia': la.. saya nak buat kenduri masa tu.. ok tak? awak boleh tak?
Ifa : ifa? boleh apanya?

Jia': yelah.. awak kene lah ada.. awak dtg rumah saya sehari awal ye?!
Ifa : huhH~~.. pulak.. kalau saya tak balik cemana?

Jia': saya tangguhkan lah.
Ifa : errkkss~~** terharu rasa di hati.. dan serba salah sbb memang plan tak nak balik new year..**

Jia': awak, boleh tak nih?
Ifa : saya yang kene putuskan?

Jia': yelah.. mcm mana nih?
Ifa : hmm.. bolehlah! ** apa salahnya aku gembirakan hati dia, famili dia dan famili aku**

Jia': ok terima kasih ye.. ef..
Ifa : hehe.. apa sajalah awak ni, mcm saya pulak yg kawin dgn awak..

Jia': hmm.. janji tau! datang 31/12 tu.. okeh assalamualaikum..
Ifa : wa'alaikumussalam ** hati masih terharu**

ifa alyana:
dia terlalu baik dgn ku.. mana mungkin status saudara rapat

itu bertukar menjadi suami.. hmm.. Jia' terima kasih kerna memahami

Sendu Dinihari

Tiba di rumah sudah jam 8 lebih, terus masuk ke bilik. Di ruang tamu dan dapur sepi.. Tuti mungkin di biliknya dan Molly masih belum pulang kerja. Sempat aku menanggalkan tudung dan jeans yang kupakai. Selesai mencuci kaki dan menyisir rambut, terus aku rebahkan diri di tempat beradu. Letih sungguh ku rasa. Tak sempat mandi maupun menukar baju blaus yang kupakai, aku terus terlena.

Sedar-sedar sudah jam 3.00pagi. Aku terus membersihkan diri, menukar baju tidur dan solat. Tekak yang kering membuatkan aku ke dapur mencari air. Mata yang cerlang menggamit aku untuk menonton TV. Hanya TV3 masih bersiaran, ada bola keranjang. Tengok sebentar kemudian ku pasangkan DVD LiLo&Stich, cereka kegemaran adik perempuanku di Tangkak;Pya. Seketika kemudian tatkala ku selak langsir pintu sliding, baru ku sedari Molly masih belum pulang. Jangkaanku tepat bila dia pulang 30 minit kemudian. Aku pula sedang memamah mee maggi, terasa lapar pula bila berjaga. Jam 4 pagi aku kembali ke kamar. Cuba melelapkan mata namun fikiran mula melayang jauh.

Entah kenapa, tiba-tida.. untuk sekian lamanya berderai airmataku. Bermula hanya sekadar lelehan air jernih dari mata... entah apa yang disendukan tangisan sayu pula berkumandang. Aku merindui seseorang untuk hadir menemani malamku. Menyebut nama ibu, ayah, Nda dan Sh membuatkan hati makin diruntun pilu. Ku biarkan sesak yang menghuni dada selama ini lerai sedikit, memberikan aku ruang untuk kembali kuat melalui dugaan mendatang. Lagi ku seka mutiara yang berguguran, makin lama.. makin deras dan keras bertaburan. Saat sendu dinihari itu mula terkawal, bibir terkumat kamit menyebut kebesaran Ilahi.. memohon ampun, meminta petunjuk Ilahi, mencari ketenangan hati. Akhirnya aku terlena jua bila lagi 30 minit Subuh menjelang.

Terjaga pagi tadi tatkala mimpi semakin galak mengganggu. Aku bermimpi seperti telah bertemu dengan Sh sebelum ini. Bermacam yang berlaku tapi aku tak tahu mengapa aku tak dapat mengingat sepenuhnya. Doaku moga Sh sihat dan selamat selalu.

Tergelak aku sendiri bila melihat di cerminan, wajahku yang siap bertudung dan dihiasi sembab mata. Nasib baik aku pakai kaca mata! hehehe~~.

Doaku, moga malam ini tiada sendu dinihari yang berkunjung lagi!

ifa alyana:
tak sabar menanti Nda aka Bilis pulang dari Sabah!.. Happy Birthday Aishah !!

Seharian Kisah Semalam

Pagi ini aku hadir di pejabat seperti biasa. Baru sebentar tadi ku isikan borang cuti kecemasan ku untuk semalam. Sepatutnya semalam aku mengambil cuti sakit kerana sakit gigi bongsu ku. Namun, takdir Tuhan menguji aku. Pagi panas badan membahang membuatkan aku terus berselubung lagi selepas solat Subuh. Nasib Molly serumah denganku, senang aku nak kirim berita ke pejabat. Selepas terdengat kereta Molly meninggalkan rumah, aku terlena lagi.

Aku tersedar tatkala telefon bimbitku berbunyi. Seseorang mencari ku. Setelah berbicara sebentar, panggilan itu tamat. Aku gagahkan diri untuk menyejukkan diri. Lama juga aku di bawah cucuran air. Badan sudah agak segar dan bersih, aku keluar untuk panaskan enjin kereta, tapi bateri kereta pula kong. Nasib baik Molly sanggup pulang sebentar bersama jumper tambahan. Kereta dalam porch memang perlukan 2 jumper. Hidup saja enjin kereta, 5 minit kemudian terus aku ke PE Service Center, menanti giliran yang panjang dan lama membuatkan aku terus berkalih ke Dealer berhampiran. Menanti jam 2 pula kerana mekanik rehat. Dari menukar bateri dan minor service, keretaku akhirnya buat major service sbb ada kebocoran di ruang minyak enjin. Patutla kereta aku asyik kurang minyak enjin dan rasa berat bila dipandu. Congak-congak harga barang dan bajet selalu hantar servis aku rasa ok lagi. Tapi bila bil siap, fuiihhhh... memang terus demam kejap badan aku. Menggeletar tangan, dpt pulak dia nak tunai aje.. perghhh!

Akhirnya petang semalam, tak sempat juga aku gi jumpa doktor gigi. Mana taknya, kereta siap dan 6 lebih dan masa tu aku dah habis cash. Gilos tul!. Depan-depan dealer tu aku cakap.. baik lagi servis kat KL, lagi murah and got discount lagi! Taubat aku nak gi kedai dia lagi!

Balik dari situ terus jumpa kawan aku. Ingat teman dia makan, alih-alih.. dia yang tengok aku makan. Baru beberapa hari tak jumpa, dah rindu.. tapi kena ya, bila dah depan mata.. makin rindu?! hmm..~~

Wednesday, December 15, 2004

Di Kesempatan Yang Ada

10:32 pagi
Alasan bukan sesuatu yang sepatutnya dijadikan batu loncatan untuk melepaskan diri dari sesuatu yang tidak dapat ditunaikan tapi selalunya, itulah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ifa pun tak lepas darinya.

Petang kelmarin, pulang saja dari kerja terus memandu dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Tuntutan kerja di KL semalam membuatkan diri Ifa cukup teruja. Hanya tersedar akan tugasan tersebut tatkala memeriksa kalendar kerja selepas makan tengahari Isnin lepas. Maka, memandu saja lah jawabnya kerana memang suntuk untuk memesan tiket kapal terbang.

10:38 pagi
Berhenti menulis sebentar untuk menghadiri Majlis Perpisahan Hj Zaili (Admin Head) yang akan berpindah ke Labuan. **makan lagi..* :)


3:35 petang
Lepas waktu rehat yang ifa pun tak keluar rehat. Majlis tamat hampir jam 12. Ucapan dan ada tayangan klip video Hj Zaili sepanjang 13 tahun di MTBE/PP. Sempat juga Hj Zaili tujukan lagu untuk kami.. S07- BErhenti Berharap. Mula-mula tayangan, semua pakat gelak sebab banyak foto-foto lama , namun suasana agak syahdu bila tiba di slide terakhir. Walau tak sampai 3 bulan Ifa mengenali beliau, namun ifa amat menghargai keprihatinannya. Itulah yang dikatakan, di kesempatan yang ada.. manfaatkan peluang yang terbuka. Ifa doakan moga Hj Zaili berjaya dan bahagia di Labuan nanti.

Sebenarnya ifa menulis nih nak bercerita pasal kisah semalam. Makin hampir ke penghujung tahun, ruang-ruang waktu dalam kalendar ifa semakin padat. Bukan saja hal-hal adik-adik/keluarga, kawan-kawan.. sepastinya hal pejabat juga.

Menyambung kisah yang mula-mula ifa tulis dia atas,.. punch-out jam 5.45ptg. Terus ke kedai buat kunci pendua untuk Tuti. Singgah pasar malam kat Beserah kejap untuk beli makanan untuk berbuka dalam kereta sebab semalam ifa puasa ganti yang masih banyak lagi. Jam 6ptg,bertolak dari Kuantan, jam 9 malam tiba di KLCC. Jemput Bilis di KLCC & Baulu kat KL Sentral sebelum check-in di Hotel Equatorial, Jln Sultan Ismail. Ifa terpaksa menginap di hotel yang sama untuk event yang perlu ifa hadiri di pagi esoknya (pagi semalam le). Preview kursus yang akan dianjurkan di syarikat ifa. Seronok dapat jumpa si Bilis & Baulu. Ifa tak beritahu ibu ifa yang ifa ada di KL semalam kerana tak sanggup dengar suara & melihat wajah ibu sedih bila ifa hanya beberapa jam saja di rumah. Petang semalam lepas acara di hotel terus ke KLCC untuk SAP personal coaching untuk project yang sedang ifa siapkan.

Itulah.. di kesempatan yang ada.. dan cukup terbatas..
kadangkala kita sendiri tak tahu ataupun serba salah untuk memilih dan membuat keputusan. Dan sepastinya, dalam setiap pilihan keputusan yang kita buat, pasti akan ada yang terlepas.

Apa yang ifa dapat sepanjang seharian di KL?
1. Menunaikan kewajipan sebagai pekerja - menghadiri seminar & latihan terus menerus 8 pagi - 7 malam.
2. Menggembirakan kawan baik ifa si Bilis - kasihan dia semakin kurus.
3. Minum teh tarik dengan kawan-kawan ; Bilis, Baulu, Aishah (maaf le pada yang tak sempat berjumpa atau lambat dicontact, belum rezeki kot)
4. Ziarah & bertukar cerita dengan member kat level 61.. Uncle, Kak Aya, Kak Zue, Bob DCCR (sayang ke Kak Wynn BKSP dah balik masa tu).

Apa yang ifa tak mampu lakukan dalam masa yang sama & amat pendek..
1. Melawat ibuayah. (sedih sangat!!~)
2. Menghubungi/bertemu kawan-kawan yang lain.
3. Membeli barang keperluan yang di dalam senarai.
4. Menghadiri majlis teman di Kuantan
5. .. banyak lagi yang lainn!! :'(

Badan memang letih jangan cakap la. Jam 8 malam dari KLCC , alhamdulillah tiba jam 10.15 malam di Kuantan. Hari ni pun bekerja seupaya mungkin.

Dan posting ini ifa tulis buat semua teman-teman yang menanti cerita dari Ifa. Maafkan ifa kerana kesempatan yang ada sering terbatas. Hajat dan niat ada tapi kemampuan tu yang selalu tiada. Alhamdulillah dapat juga ifa menulis sedikit.

Merenung kembali tajuk yang ifa tulis membuatkan ifa terfikirkan banyak perkara... hingga terluahnya coretan di bawah ini:

Di Kesempatan Yang Ada

di kesempatan yang ada..
mungkin memaksudkan waktu yang ada
mungkin jua peluang bersama
atau saja usia yang tersisa

di kesempatan yang agak terbatas..
mampukah kita menunaikan
tuntutan kerjaya
tuntutan ayahbonda keluarga
tuntutan peribadi
asal jangan sampai alpa
tuntutan Ilahi Maha Kuasa

di kesempatan yang ada..
sebenarnya detik jantung waktu
menilai perjalanan yang dilalui
bukan sekedar meladeni
rentetan bicara atmasari
memperbaiki hakiki diri
menjadi hambaNya abadi
menjadi manusiawi berperibadi

di kesempatan yang ada..
cabaran tetap melanda
menuntut segenap rasa
tabah, teguh, tegas, cekal
tekun, tekad, juga lainnya
sejajar dengan kentalnya
ilmu, iman & amal yang tersemai
agar tiada kerapuhan nurani

di kesempatan yang ada..
memang akan pasti ada yang kan hilang
dalam mencapai sesuatu untuk dipegang
usah gundah usah gentar
hidup ini cuma pilihan
antara dua cuma satu pasti tertunai
asal jangan sampai andang yang menyala
gagal menjadi obor pedoman

apa jua yang dilakukan
di kesempatan yang ada..
moga bahagia membelah derita
agar ceria membenam gulana
jua yang tersayang tersenyum mesra

apa jua yang dilakukan
di kesempatan yang ada..
moga segala khilaf dimaafi
diampun dosa dari Ilahi
agar pahala berdikit membukit
bekalan meneman usia
di alam ukhrawi..

buat teman dan pembaca
manfaatkanlah setiap detik
di kesempatan yang kalian ada..
kerna ia tak mungkin kekal di sisi

Ifa Alyana
Gebeng 15122004


Senyum manis buat semua..

Friday, December 10, 2004

Catatan Diari

2 Dis 2004
Alhamdulillah, berjaya juga aku mengaturkan acara GHSE Matrix Briefing. Ia merupakan acara pertama yang agak besar aku kendalikan. One Man Show! Lega juga kerana dari 200 staff yang dijemput, 100++ menghadirkan diri. Sayangnya, barisan tertinggi pengurusan berada di KL sempena Managers Forum.

Setelah sekian lama tidak menjadi MC, hari ini aku menjadi pengacara majlis. heheh.. lucu juga rasanya. Lebih-lebih lagu aku memang muka baru di syarikat ku ini. Banyak perkara yang perlu diselia lagi walaupun tugas berat yang ini sudah selesai.

8 Dis 2004

Aku menerima sms dari Cocodilly d Blogger.. berkongsi rasa gembiranya menerima cahaya mata.
Dear Papa Dil & Mama Eza..
TAHNIAH!!!! Moga puteri kecil menambah seri rumahtangga kalian.
Di pejabat pula, ..
Setiap bulan, di syarikat ku ini diadakan majlis CEO Briefing, di mana aturcaranya merangkumi tazkirah bulanan, video aktiviti bulan lepas, info sharing, pesanan CEO (jokes, company updates, short sharing), sesi Q&A (CEO yang jawab) dan light refreshment. Bagus juga. Sesuatu yang baru selama 3+ tahun aku bekerja di PETRONAS. Mungkin kerana kalau dulu aku bekerja di bawah HQ dan kini dalam OPU.

Sekali lagi aku dipilih menjadi MC. Aku tak tahulah kenapa. Mungkin kerana aku orang baru dan salah satu cara untuk memperkenalkan aku pada semua melalui function ini. Yang membuatkan aku agak gementar kerana aku cuma diberitahu sehari sebelumnya dan diingatkan bahawa bos besar aku tu mahukan pembaharuan dalam setiap pengacaraan majlisnya. Fuiihh~~ mau berpeluh juga aku dibuatnya. Namun.. Alhamdulillah. Semua telah selesai dan semua pihak berpuas hati. Apa yang aku buat? HEheh.. apa lagi.. aku selitkanlah pantun spontan aku.

hujan mencurah sepanjang hari
merahmati alam yang fana ini
Alifah Luthfia nama diberi
Eksekutif Training jawatanku kini

gelak tawa menghibur hati
merawat lara menginsafi diri
sungguh asyik mengimbas aktiviti
tiba kini bicara CEO kita dengari

coconut leaves folded & bended
ketupat rendang favourite forever
Syawal moving towards the end
Salam Aidilfitri, its late, but better than never

11 Dis 2004

YeYYyy!!! Rina akan datang ke Kertih selama seminggu kerana plant visit. Ini bermakna Rina akan turun ke Airport Kuantan sebelum ke Awana. Dan.. ini juga bermakna, Rina boleh singgah rumah sewa aku kat Beserah ataupun meronggeng kat bandar Kuantan sebelum aku ikut dia lepak kat Awana Sabtu malam Ahad. hehehe best! BEsT!!

Aku ngan Rina memang akrab sejak hari pertama kami dipertemukan. Walaupun sebelum ini aku memang tidak pernah kenal dia tapi sejak pertama kali bertemu aku dan dia seperti sudah bertahun kenal. Alhamdulillah. Moga Allah merahmati pesahabatn kami. Sejak aku berpindah ke Kuantan, hanya sekali saja kami bertemu.. itupun sebentar saja. Maka.. malam esok.. lamalah kami berborak. Ahad aku akan kembali ke Kuantan.

Hmm.. cerita pasal Rina.. rindu rasanya pada the girls breakfast club. heheh.. wherever you are.. i miss all of you.!

Rindu Nda juga...

Surat Sayang Dari ALLAH SWT

Salam Jumaat buat semua..

Posting ini sebenarnya ifa terima dari seorang kawan. Jadi, ifa rasa ingin berkongsi buat sesiapa yang singgah di sini..

Surat Sayang Dari ALLAH SWT

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun
hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur
kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini
atau kemarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan

diri untuk pergi bekerja .......
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU
tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi
engkau terlalu sibuk .........


Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama
lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU

Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir
engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari
ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar
terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU
menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua
kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu
kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak

menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut
namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU

berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan

berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang
kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.


Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya,

tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg

ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak
berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap
hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.


Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari
ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU
........Tapi yang KU tunggu ........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau
menyapaKU.

Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ..........
Magrib ......... Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU .....
tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak
ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU
..........

Apa salahKU padamu ...... wahai UmmatKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan,
harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang
KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat
kepadaKU ............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon
perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang
selalu menyertaimu setiap saat ........


Ifa Alyana:
Ingatilah bahwa segala apapun yang kita terima hingga saat ini, datangnya hanya dari ALLAH semata-mata.

Monday, December 06, 2004

... sesuatu yg tak disangka..

08:40am

3 hari lepas, ketika ifa sedang berbual dengan seorang kawan di telefon dan dia sedang memandu.. mungkin saat itu DJ radio sedang memutarkan kembali lagu ini.. kedengaran sayup-sayup suara KRM

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan


Banyak perkara yang tak disangka terjadi dalam hidup ifa sejak akhir-akhir ini. Paling tak disangka dan ifa sendiri sebenarnya bagai masih tidak percaya bahawa sedang bertugas di Kuantan, satu daerah yang suatu tika dulu hanya ada dalam gurauan bersama 'teman' lama. Kemudian menjadi gurauan rakan-rakan sekerja pabila IT Division di'outsource'..

"antara Gurun, Melaka, Segamat, Kertih, Kuantan, Miri, Bintulu, Labuan... mana satu agaknya kau rasa ok, ek? "
"hmmm.. surely Kuantan kot!.. tak pun, Melaka ok gak.. kampung ayah aku"
"kalau betul, cemana?"
"entah!"
** alamak, kene stop pulak.. boss panggil

14:05pm

Jumaat lepas, sebelum pulang dari pejabat, tak sangka ifa akan mendapat teman serumah baru. Selama 2 bulan kat sini, kami cuma berdua, ifa dan Molly. Sejak semalam kami jadi bertiga. Tuti, pelajar UTP yang membuat latihan industrinya di tempat aku bekerja. Dapat pula, Tuti adalah anak buah bos. Walaupun cuma 8 bulan saja Tuti akan tinggal dengan kami, kami memang mengalu-alukan kehadirannya. Kecil comel je orangnya.. muda lagi baru 22 tahun.

Tak sangka diam tak diam, kita dah tiba di penghujung tahun. Tugasan di pejabat juga semakin banyak. Senarai yang diberikan semakin panjang. Dapat pula ifa baru bertukar skill dari IT ke HR dan rakan yang telah lama bekerja di bahagian Ifa ini, bertukar ke KLCC pula. Doakan saja semua tugasan besar ifa nanti berjaya mencapai target. Amin..

Yang paling ifa tak sangka juga, hujung minggu (sabtu/ahad) lepas ifa mendapat 10 jemputan perkahwinan teman-teman sekolah dan kenalan. Antara yang penting majlis Mu'ai (rakan sejak tingkatan satu) dan Che' Ta (rakan sebilik masa ifa tingkatan 4).
Buat ..
Muhaini Abdullah Sajat & Suami
Fahita Hj Mokhtar & Suami

"Barakallahulakuma Wa Ja'alakuma Khairan"
Semoga Allah memberkati kehidupan kalian.
TAHNIAH!!! dan maafkan Ifa kerana tidak dapat menghadirkan diri di saat kebahagiaan ini dirakamkan dalam album kenangan
Sedih juga sebenarnya bila tidak dapat memenuhi jemputan. Bukan apa, Mereka berdua antara orang yang agak rapat juga. Dapat pula Mu'ai adalah rakan sekelas masa kami Tingkatan 5 di SAMTH, Klang. Dalam kelas kami hanya 20 orang yang semuanya perempuan (sekolah perempuanlah katakan). Sejak 1996, bila bermula seorang demi seorang yang mendirikan rumahtangga, sepastinya Ifa adalah satu-satunya antara mereka yang tidak pernah gagal untuk menghadiri setiap jemputan.. Moon, Yann, Syam, Aida, Naza, Fiza, Jo-N, Waheeda, Ziema, Yati, Ila, Nard,(lagi 2 org tak ingat pula saat ni) ... dan yang masih solo.. Ayu, Mas, Are-Jun, Wiena, Amy Jimi & saya sendiri ler . hihihi..

Cerita bab nikah kahwin ni, Ifa tak sangka juga bila Ibu baru saja telefon dan memberitahu bahawa lelaki yang 'dicadangkan' untuk mengahwini Ifa telah bernikah semalam. Alhamdulillah...* hehe.. lega rasanya dengar macam tu.. mungkin sebab si dia tu anak kawan baik ibu kot * Dan ibu menyuruh Ifa pulang untuk membantu majlis kenduri yang akan diadakan pada cuti Hari Natal tak lama lagi. Secara peribadi, Ifa menyenangi juga si dia tu.. tapi tak lebih sebagai kawan yang baik. Dia memang seorang lelaki yang bertanggungjawab, cuma.. mungkin memang bukan jodoh kami. Entah ye, tak de rasa kecewa langsung. Ifa gembira dengar berita pernikahannya. Yang kedengaran cuma sedikit nada terkilan ibu. "Maaf kan anakanda ye bonda.. bukan tak mahu tapi kan awal-awal dulu anakanda dah bilang, tak nak lah sepupu sepapat atau anak kawan2 ayahbonda ye.. bukan apa.. kalau jadi apa-apa tidak lah sampai berpatah arang, hilang saudara" *wink*

hmmm...

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

by Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)

Syahdu seketika bila melagukan kembali bait lirik yang secara tak langsung memang menyayat hati ifa saat ini. Teringat kembali kisah-kisah lalu yang sudah menjadi nukilan sejarah, membuatkan ifa memikirkan banyak perkara. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.. perasaan yang telah lama dikuburkan itu hadir lagi.. dan yang menyakitkan kini, hakikat satu impian tak mungkin seindah kenyataan. Moga Allah lorongkan jalan yang baik dipilihkan buatku.. juga, semoga diri ini lebih kuat dan tabah menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal terjadi. Aku redha, asalkan dia mendapat yang terbaik.

itu lah ye.. bila
sesuatu yang tak disangka berlaku!
kalau anda.. macam mana pula?

Friday, December 03, 2004

Soal Hati

Tajuk dah ditulis tapi bila nak menulis isi.. rasa serba salah pula.

Diluah mati ibu.. ditelan mati ayah.. akhirnya.. biar terus dikemam dalam mulut.

Dah lama rasanya tak berbicara soal hati. Tak tahu bagaimana kali ini. Hanya ku mohon doa agar apa jua yang kutempuhi ini tidak menyusahkan atau menyakitkan sesiapa. Andai sakit sekalipun, biar semuanya ku tanggung sendiri.

p/s: Bob.. ni bukan DAP ehh... Kak Wynn, bukan melankolik juga tau!..

Wednesday, December 01, 2004

Sepi

...

sunyi, sepi..
taulan yang ramai kian sibuk sendiri
keluarga tercinta nun jauh dari mata
di ruang pejabat ini hanya aku sendiri
yang lain menikmati hidangan tengahari
merehatkan diri selepas menunaikan solat tuntutan Ilahi

sepi, sunyi..
walau riang mulut bernyanyi
walau laju jemari menekan bicara
ruang hati diam seribu bahasa
mengamati lintas waktu yang berlalu
pandangan mula menerjah jauh
hingga kadang menembusi mata zahir

sepi yang hadir
kini menjadikan aku seorang perindu

Ifa Alyana
Gebeng
14:00 hrs