Tuesday, March 27, 2007

masa berkuiz

aku sebenarnya ada satu blog khas untuk kuiz-kuiz yang dah aku buat sejak dulu. selalunya sekali dah mula, ia akan berlarutan. jadi..untuk aku tengok balik apa yang dah aku buat sebelum ini, aku simpan segala kod program tersebut dalam blog yang aku namakan sebagai KUIZ VILLA

semua aku buat untuk suka-suka je. jadi mana yang terkena dengan diri aku, aku anggap kebetulan. yelah, aku tak nafikan adakalanya, memang kena ngan diri aku.

so, korang boleh la cuba kalau tetiba rasa bosan atau sesaja nak cuba.

Friday, March 09, 2007

Dari KLCC ke KLCC







KLCC : Kuala Lumpur City Centre


Gambar ini aku ketik, masa aku pulang dari bekerja pada 28hb Febuari lepas, jam 11.00 malam. Hari itu adalah hari ke-2 aku pulang lewat. Pada hari sebelumnya kau pulang jam 9.00 malam, masih boleh melalui terowong untuk ke kereta aku. Oleh kerana pada hari Rabu itu sudah jam 11.00 malam, maka aku terpaksa melalui taman KLCC (Kuala Lumpur City Centre) untuk menuju ke tempat letak kereta di KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre), kerana laluan bawah tanah ditutup tepat jam 10.00 malam.

KLCC : Kuala Lumpur Convention Centre







Walau sudah lebih 4 bulan aku kembali bekerja di KLCC, malam itulah untuk sekian kalinya aku menjejakkan kaki kembali ke taman KLCC. Lebih-lebih lagi waktu malam. Seperti yang dijangkakan, suasana tidak sesunyi mana kerana masih ramai lagi yang menikmati kopi atau duduk santai di sekitar kawasan taman. Menuju ruang letak kereta di bawah KLCC, aku sempat mengabadikan wajah KLCC diwaktu malam. Indah!

Kenapa aku letak kereta jauh-jauh begitu? Itu yang paling ekonomi sementara aku mencari sesiapa yang mahu melepaskan pas bulanan letak kereta di menara kembar ini. Banyak kawasan letak kereta tak berbumbung yang berhampiran, sama ada semakin mahal atau ditutup untuk pembangunan. Syarat untuk mendapatkan kos ekonomi letak kereta ini (RM6 sehari) adalah mesti masuk sebelum jam 9.00 pagi dan keluar selepas jam 4.00 petang. Jika tidak sejam pertama adalah RM3 dan RM1 untuk setiap jam berikutnya.

Hari ini aku tak berapa sihat. Ingin mengambil cuti sakit dan menemui pakar orthopaedik di Ampang Puteri.

Hening... gambar sebelah ini aku ambil waktu pagi jam 7.30 dari bilik mesyuarat di tingkat 75.

Sunday, March 04, 2007

nota dari warung siber

jam sudah ke angka 1.28pagi.

nasib baik warung siber ini cuma kurang seminit memandu dr rumah aku. kalau jalan kaki.. mau ambil masa gak la.

kenapa pagi buta? aku kene hantar file ke bos aku. takut pagi cerah nanti tempat ni tutup pulak. ataupun, aku yang terlewat bangun. sedangkan bos nak jam lapan dah ada dalam mailbox dia.

ok la..
fail dah selamat hantar dan orang yang jaga ni pun dah mula tutup suis penghawa dingin. aku pun dah ngantuk.

oyasuminasaiii