Tuesday, June 12, 2007

monolog

meditasi?

bukanlah dalam erti kata sebenar, cuma.. aku masih dalam usaha mengembalikan semangat aku dan kekuatan dalaman aku seperti sepatutnya. tu yang lama aku tak menulis walaupun banyak perkara yang berlaku yang patut aku catatkan di sini.

mengapa?

kadang kala aku sering menjawab dengan 'entah' saja, walhal hakikatnya banyak sebab musabab yang tersenarai.. . apapun, yang pasti aku yakin akan tiba masa untuk aku capai apa yang aku usahakan ini, walau dengan payah.

terima kasih pada semua yang membantu aku..secara langsung atau tidak

sejak bila?

aku pun tak pasti di mana mulanya. yelah, aku ni kan selalunya akan menguat-nguatkan diri aku walaupun aku sebenarnya tak sekuat mana pada sesuatu masa. tapi tatkala badan semakin lemah, semangat semakin luntur, kecelaruan mula bersarang.. aku sendiri menjadi takut. maka, aku sedar sendiri bahawa aku perlu lakukan sesuatu. mengharap orang lain yang memulakan, itu sesuatu yang di luar kawalan aku. aku perlu mulakannya sendiri. yedak! (sebenarnya, ada ke yang perasan perubahan aku?)

apa yang terjadi?

macam-macam. tapi lebih pada hal peribadi aku.

senyumlah sikit...

hehehe.. dah boleh senyum balik dah.. :)