Wednesday, November 29, 2006

Success? Apa maknanya ye..

Aku banyak keje gak ni sebenarnya. Tengah buat analysis dan nak isi survey questionaire yang memerlukan aku semak beribu data. Huhu.. Esok nak cuti pulak tu. Aduh.

Tengah buat keje sendiri, bos pula datang minta tolong untuk buat keje-keje persiapan untuk mesyuarat dia petang ni. As usual, aku membantu bila ada masalah IT terjadi. Tadi pun, aku dah buat 'dry-test' kat bilik mesyuarat.. set-up the PC and run the presentation.. yang best tu.. duk kat kerusi TSP (sbb mr chairman is mr TSP) untuk test view. huhu

Masa aku cari fail yang boss aku kasi.. aku jumpa satu fail ni yang ada isi yang menarik dan ingin aku kongsi di sini..
A person's life seems like a weeping willow,
Middle age is the arrival of fall
Withering and waning away as the fall goes on,
Who will pity this fading figure?
Green willows come back with the spring,
But old age will never go back to youth

What is success?

When U at 2, SUCCESS is.. having one step followed by another
When U at 8, SUCCESS is.. having friends all around you
When U at 17, SUCCESS is.. having a driving license
When U at 20, SUCCESS is.. having money to spend
When U at 25, SUCCESS is.. marrying the person you love
When U at 30, SUCCESS is.. loving the person you married
When U at 45, SUCCESS is.. being free of debt
When U at 70, SUCCESS is.. having friends all around you
When U at 85, SUCCESS is.. having one step followed by another

"Success has many fathers, while failure is an orphan."- Russian Proverb
errks.. aku dah nak masuk 30 lom dapat buat apa yang ditulis tu. Bukan jodoh aku masa 25 dulu. Apapun pada aku LIFE GOES ON, sekarang pun aku dah kembali ke kota besi ni, moga suatu hari nanti aku berjaya memenuhi segala perancangan impian dan cita-cita aku. Amin.

"Success is neither just achieved what you strive for or your targetted to.. but it is how you stand-up and walk again after a down-fall" ~ifa alyana

"BERJAYA.. bukan hanya tercapai apabila kita mendapat apa yang kita usahakan atau impikan, sebaliknya KEJAYAAN akan lebih bermakna pabila kita berjaya bangun dan berjalan semula dari satu kejatuhan"~ifa alyana


Apa makna SUCCESS pada korang eh?

Tuesday, November 28, 2006

apa ya?

Masuk hari ini, dah 28 hari aku kembali bekerja di KLCC. Dan ini adalah coretan ke-2 aku dari pejabat. Huhu..pejabat. Heh!~ *wink*

Apa cerita aku? Best ke kembali ke KL? BEST! yelah.. bila aku ke Kuantan dulu, sedikit sebanyak aku mengenali siapa aku. Apa yang sebenarnya aku suka dan tak suka, atau lebih suka. Best ke takbest, pada aku terpulang pada aku nak jadikan sesuatu tu best ke tidak, yedak?!

Apapun yang utamanya sekarang, kepala otak ni, bila tak diguna untuk tugas-tugas kerja aku ni.. lebih banyak berfungsi memikirkan macam mana nak dapatkan sebuah rumah untuk disewa di KL ni dan dalam pada masa yang sama, mencari-cari rumah yang hendak dibeli.

Bila dah mula berfikir ke arah yang satu tu.. maka ianya akan melaratlah.. kawasan mana yang sesuai; mudah ke KLCC, tak perlu bayar tol, kurang penggunaan petrol, komuniti yang baik.. macam-macam lah. Itu belum masuk kemampuan aku untuk bayaran bulanan.. sewa rumah, minyak, tol, parking di KLCC, tak termasuk yang lain-lain bayaran tak nampak macam penat dan sakit belakang aku ni (yang kisah sakit belakang aku ni.. nanti aku cerita lain kali). Dipertimbangkan juga, kalau boleh nak rumah teres saja, bukan flat/apt/kondo, tapi kalau area yg 'bahaya' macam bagus juga yang ada sekuriti. Entahlah. Banyak lagi yang bermain difikiran aku.

Baru tadi, aku cuba mendapatkan penerangan mengenai kemudahan pinjaman rumah di kompeni aku (bekerje) ni.. berapa yang aku layak, berapa tahun bayar, berapa banyak ansuran bulanan dan macam-macam. Bukan apa, setidaknya aku ada sikit info sebelum aku focus rumah mana yang aku nak beli. Umur aku dah bertambah, bermakna jumlah tahun untuk pinjaman pulak akan berkurang. Hujung minggu ni (1-3 Dec 06), aku ada terpandang di 'bunting' yang ada iklankan Pameran Hartanah yang akan berlangsung di PWTC. Pada masa yang sama juga ada 'PIKOM PC Fair 2006' kat KL Convention Centre. Sapalah yang akan temankan aku eh. Tak pun, aku gi sendirilah gamaknya, kot!

Khamis & Jumaat ni aku dah dapat cuti. Nak luangkan masa untuk ibuayah aku yang minta aku jadi supir diorang ke rumah Pak Itam aku di Kluang, Johor. Pak Itam nak gi menunaikan haji dan berangkat ke Mekah 3hb ni.. jadi kalau 6 tahun dulu, Pak Itam datang ziarah ayah aku, kali ni masa kitorang pula. Alhamdulillah..rezeki Pak Itam dan Mak Itam ke tanah haram.

Saat aku menulis ni, aku ditemankan putaran lagu-lagu Jepun yang menjadi koleksi aku..asalnya koleksi kawan-kawan di pejabat lama aku di Kuantan. Hmm.. manis bila mengimbas kenangan. (err.. ker ada kawan2 yang nak tambah koleksi aku ngan burnkan your favorites song in a CD and sent it to me?)

Oh ya, hari ini atau esok, aku akan jumpa Opy.. kawan opis lama aku (yang macam abang aku gak) di Kuantan.. dia ada 'skill group training' kat Bangi. Siap bawa sekeluarga tu, yelah cuti sekolah. Opy bawakan MRI (X-ray) aku dari Kuantan Specialist Hospital, yang aku buat masa aku ditahan di wad (seminggu juga)KSH. Hujung minggu lepas aku nak balik Kuantan, tapi kesihatan aku tak mengizinkan, jadi Molly (housemate aku) tolong ambilkan dan pesan pada Opy. Sekarang, aku dirujuk ke Ampang Puteri Specialist Hospital pula. So, sesekali melawat la pakar di sini dan kene jalani rawatan physio (yang aku rasa kat KSH lagi best! heh~).

Haa.. cerita pasal hospital, jumpa doktor baru.. aku dapat tambahan ubat baru yang betul-betul buat aku 'weng'. Mana taknya ambil separuh pun, dalam beberapa saat je aku dah 'hanyut'. (maaflah ye, yah.. bukan ifa takmo makan ubat ayah kasi.. tapi tak tahan sangat sakit kali ni..terpaksa makan pain killer gak.)

Lagi apa eh?

Aku doakan Kak Nik (wifey Amri) segera sembuh lepas pembedahan batu karang di dalam hempedu. Maaf, Ifah tak dapat nak melawat.

Buat sementara ni aku tinggal ngan Shahrina, dan kongsi bilik dengan Shahira (Rina's sis). Gi keje pun kongsi-kereta ngan diorang, Farizs(hubby Rina) yang drive. Kitorang sama-sama ke KLCC. Tengah bulan depan pun diorang nak pindah ke rumah teres dari kondo yang kitorang diami sekarang. Aku harap sangat waktu itu aku pun dah jumpa rumah untuk aku. Ohh, moga Allah mudahkan. Amin.

p/s: sesiapa ada info pasal rumah sewa <500 up tp RM900, area KL/Ampang, leh la email me at ifaalyana-at-gmail-dot-com atau YM ngan aku YM ID : ifa_alyana. wokeh

Ok lah tu dulu. MATANE!

Friday, November 24, 2006

blog: It's not GOODBYE.. just, TILL MEET AGAIN!

berikut adalah email yang aku tulis untuk semua staff kat opis lama aku di Kuantan..

**best display with 1024 x 768 resolution**

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Yey! Alhamdulillah. Akhirnya lepas 24 hari tanpa PC dan notesmail.. rasa macam kembali bernafas.

Sebagai pembuka kata, semoga plant beroperasi dengan baik dan semua warganya juga dalam keadaan sejahtera belaka. Masa terlalu pantas berlalu. Baru kali ini berkesempatan menulis sesuatu untuk tatapan semua. Maaf la ye guna bahasa ibunda saja.

Syawal pun sudah ke penghujungnya. Waktu-waktu terakhir saya di Gebeng lebih banyak dihabiskan untuk OPI Training dan berada di Kuantan Specialist Hospital. Kemudian masing-masing sudah bercuti untuk Deepavali/Aidilfitri 2006. Jadi, dalam kesempatan yang terluang, tak ramai yang mampu saya temui secara peribadi. Maka, moga coretan yang agak panjang ini boleh jadi pengganti.

02 May 2001
Cap jari masih basah ketika mendaftar bertugas di IT Customer Services, Group Information resources Management (GIRM), Level 61, Tower 1. 4 tahun berlalu hingga saat bertukar menjadi iP. Masih ingin menabur bakti di P*tns, peminangan iP tidak saya terima.

06 Oct 2004
Tarikh keramat saat pertama bertugas di HRM Dept. MTBE/PP, dibawah seliaan En Razak MS & En Noor Azlan. Hampir 10 bulan juga saya berada di sebelah meja En Alias, yang memperkenalkan saya kepada ramai warga operasi yang lain. Dalam menjalankan tugas menyelia program pembangunan dan latihan staff, semakin saya mengerti kepentingan setiap ruanglingkup kerja di P*tns ini.

01 Aug 2005
Atas sokongan pihak pengurusan, saya mula bertugas di OPI Dept. Semua dirasakan baru kembali dan cabaran demi cabaran mula bertambah. Namun atas kerjasama dan sokongan semua pihak di MTBE/PP, perjalanan yang saya lalui amat menghiburkan. Adakala mudah, adakala payah.. tapi yang pasti, tidak pernah sendirian.

01 Nov 2006
Walau dalam surat dr En Nik 1 Oct 2006, atas sebab rawatan di KSH & persetujuan bos baru, 1 Nov 06 baru kembali bertugas di KLCC...Level 62 seperti tertera di bawah sekali..

Kalau nak ditulis semua mungkin lagi panjang dan merewang jiwangnya.
Jadi.. buat semua yang pernah memenuhi diari saya di MTBE/PP..

keluarga OPI Dept + OPI ambessadors , HRM Dept, HSE..semua dept la..
Geng2 KAWAD MERDEKA 2005 & 2006
semua ahli-ahli sukan 'negara' East Coast Games 2006 (esp. kekanda2 Bola Jaring & Bola Tampar)
ISO Internal Auditors..
RAW Club Exco & Members.. Permata Camar's Faci.. PBPP..
UKJK 2005 & Physiological Age Test 2006 Team
dan mana-mana lagi yang tak tertulis di sini..
... kalian semua amat saya ingati & hargai!
... terima kasih dan setinggi perhargaan buat semua
... mohon maaf dan halal mana terlebih terkurang..dan begitu juga dari saya.
... pada bakal-bakal Haji / Hajjah .. semoga mendapat Haj yang mabrur insyaallah.

Ingatlah, bingkisan ini bukan mengucapkan selamat tinggal (walau pun dah macam basi je kan).. sebaliknya ingin menyampaikan "SAMPAI BERTEMU LAGI.."

Harap sokongan kalian semua akan berpanjangan.. yelah..saya kan kembali jadi orang HR (di KL pulak tu)..esok lusa, sapa tau saya berziarah ke MTBE lagi.
Kalau ada terserempak di mana-mana, masih boleh bertegur sapa bertukar cerita, yedak.

Saya akhiri warkah ini dengan rangkap pantun warisan lama..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.



TERUSKAN USAHA untuk mencapai " STRIVE FOR A NEW BEST!!"


Matane! Ilalliqa! <-- both means jumpa lagi

Adios! <-- means more than goodbye.. with the blessings of God.
Warmest regards,
ALY
PRMS, PS Dept, HRM Div, KLCC