Tuesday, December 26, 2006

pelukan

dalam keadaan aku sekarang..

aku rindukan satu pelukan yang mendamaikan..
tak kira aku dipeluk atau aku yang memeluk..
hugging or cuddling.. hmm

pelukan lama seorang ibu atau ayah, tanpa kata, tetap aman rasanya
pelukan sebentar seorang teman, adakala membantu juga

semalam, sempat juga aku memeluk anak-anak kucing kesayangan ayah...hehe

kadang bila dapat memeluk tiang seri bangunan atau mungkin sebatang pohon yang besar, damai juga. mungkin aku saja yang rasa begitu.

moga suatu hari nanti dapat juga pelukan seorang suami
biar tanpa apa-apa.. tanpa berbicara.. moga lebih tenang

apapun, yang hanya mampu ku lakukan saat ini, menghirup nafas dalam dan dilepaskan perlahan.. nanti leh memeluk diri sendiri dalam telekung dan atas sejadah.. damai.

Wednesday, December 20, 2006

tanpa tajuk

Hari ini sepatutnya hari yang sibuk di pejabat. Jabatan aku ada menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan sepanjang hari ini, di mana aku pula dipilih mewakili unit aku untuk sedia melayani pandangan dan cadangan pelanggan. Dalam pada yang sama, aku juga mesti menyiapkan kerja-kerja persediaan/di balik tabir untuk beberapa acara yang jabatan aku akan anjurkan awal bulan Januari tahun depan (yang tinggal 2 minggu saja lagi).

Pagi-pagi aku dah mencoret kat sini. Bukan apa.. badan aku tak berapa bertenaga, mungkin kerana lebih terfocus melayani kerenah badan yang amat lama tak diserang selsema. Selama aku tinggal di Kuantan, selama itulah aku sihat dari selsema yang memang aku alami sejak kecil hingga dewasa ini. Aku akui, kualiti udara di tanah Inderapura itu memang masih di tahap yang amat baik. Segar, bersih dan nyaman. Cuma melekit dan agak masin jadinya bila lama mengambil angin di tepi pantai.

Sebulan kembali ke kota besi dan kaca ini, akhirnya.. badan aku sudah mula bereaksi kembali terhadap kualiti udara yang sudah diketahui tahap pencemarannya.

Hmm.. mesti akan ada orang yang tertanya-tanya, "dah tau macam tu, kenapa nak pindah juga?". Pada aku, apa jua pilihan aku asal aku tahu di mana asasnya, itu sudah memadai setakat ini. Kalau terlalu memikir dan mementingkan orang lain, sampai bila pun kita takkan ke mana-mana.

Baru hari ini aku tahu yang Fudo dah ada blog. Kesian aku kan. Apapun, aku suka pula baca, teruskan menulis.

Sejuk betul pejabat aku nih. Nasib ada jaket kuning.

Tuesday, December 19, 2006

tertekan!

sesak dada aku dibuatnya..

opis ni, time org dah mula bercuti, baru nak plan macam-macam. semua nak sepantas mungkin. ntah pape ntah. kenapa la tak plan awal-awal. pelik aku. pusing-pusing nak-nak orang sama gak buat semua keje.

adik aku plak satu hal.. peluang depan mata, pandang je mcm batu. aduhhh, yang sakit kepala aku. sampai bila dia nk goyang kaki kat rumah tu. dah la lelaki. makan tidur aje keje. orang dah tolong tapi sendiri tak nak tolong diri sendiri macam mana.

tak masuk ibu aku yang asyik call dan meluah perasaan pasal adik-adik dan abang-abang aku yang dengan kerenah memasing yang menyakitkan hati. kesian kat ibu, kesian kat diri aku ni gak. aduhaii..

itu belum cite hal rumah sewa yang masih tak dapat lagi. kerenah agent and bakal tuan rumah yang memacam.

memacam hal lain yg malas aku nak tulis


Ya Allah.. berikan aku ketenangan..please..amin!

Fikir positif ifah! It's norm of life..

Thursday, December 07, 2006

Sedikit 'update'

Tak punya banyak waktu menulis ni..

1) Trip seminggu ke Bintulu 18-22 Dec 2006 : aku terpaksa tarik diri, ada kerje yang pelu diselesaikan pada waktu yang sama dan perlu siap sebelum cuti Natal.

2) Rumah sewa : Insyaallah petang ni aku gi tengok rumah yang aku nak sewa. Dekat area Ampang Point/Ampang Puteri. Bukan rumah teres :( ... tapi tingkat 16 (nasib ada lif) kadar sewa yang dikira murah. 3R/2B u/f.. kira ok kot.. lagipun, tuanrumah tu kawan baik adik angkat ibu aku. heh!~ Target masuk tengah bulan ni (tapi angkut barang dari Kuantan hujung bulan gak la kot!)

3) Lepak @ Kuantan? : Heeee.. rindu juga sebenarnya! Insyaallah Ahad-Selasa (10-12 Dec 06) ni aku datang. Bukan datang kosong, nak wat 'arrangement' dengan 'movers/lorry' yang syarikat aku bayarkan.. hehe~~. Melawat 'mama angkat'(kak jue) aku ngan kak Nik (wifey opismate lama aku) yang baru kuar hospital lepas pembedahan buang karang dalam hempedu (dengan buang hempedu skali kot). Selain tu, moga-moga aku dapat join last OPI Training di Grand Continental Hotel, Kuantan sebagai pengajar (nak lengkapkan KPI aku laa~~). Kalau sempat leh hantar kete aku yang dah mula meragam ke Ah Hee Workshop. :-)

4) Baki Cuti Tahunan 2006 : Tinggal 8 hari lepas tolak guna 11-12/12/06.. jadi aku cadang nak 'forward' 4 hari. Ada 4 hari yang aku akan habiskan, aku ambil cuti minggu lepas hari Natal 26-29/12/06. Ambil 4 hari, aku dapat 11 hari cuti (23/12/06-02/01/07).. wuhhuuu..

5) Majlis Perkahwinan : Kawan aku (sejak sekolah menengah), Amy J'mie akan bernikah 24hb ni dan aku harap diri aku dapat menghadirkan diri. Heh.. bukan apa, kalau dulu aku rajin memenuhi jemputan kawan-kawan apatah lagi kalau orang itu teman rapat aku. Tapi entah kenapa sejak majlis Mu'ai dulu aku tak meneruskannya. Kira dari Classroom 5Sc 1994, ada 20 girls.. sekarang yang masih solo.. R-June, Mass, Wiena, Ayu dan aku la (Amy till 24hb je la solo). Mungkin tak lama lagi ramai la yang berturut. Semoga kawan-kawan aku yang dah berkeluarga kekal bahagia.. Moon, Syam, Nard, Fhiez, Yarn, Iela, Zima, Nily, Naza, Mu'ai, Yatie, Odee, Jo-N, & Aida ... Aku punya bila? Korang doa-doakan jodoh aku 'melekat'! hehe

6) Rawatan Orthopaedic : Hmm.. aku masih lom berkesempatan ambil MRI aku yang Opy dah tolong bawakan dari Kuantan hari tu. Ada kat Klinik Syahirah (klinik kakak Opy kat Seksyen 7, Shah Alam). Hari Ahad hari tu, aku dah gi tapi klinik tutup daa. Dan sampai la ni aku belum telefon Dr M Nor yang rawat aku kat Ampang Puteri Specialist Hospital. (p/s: thx to friends for your concerns and care for my health, insyallah will take a good care of mrself, ya..)

7) Rawatan Orthodontic : Heee.. Desember dah tinggal 3 minggu aku kene habiskan RM500 dulu (bajet dental yang kompeni aku kasi).. lepas tu baru cerita buang 4 gigi and pakai dawai ikat gigi-gigi aku yang agak bertindan tu (susah woo nak godok gigi). Ada yang baik hati nak sponsor (heheh!) or nak rekemenkan Klinik Gigi yang bagus dan MURAH? hee...

ok la.. nak g mesyuarat! pergh.. dah 9:41 AM

------------------

Update lagi..
5) Majlis Perkahwinan : Baru je terima kad jemputan dr Harris Tze aka Jimmy Tze. Wah!! TAHNIAH & Selamat Pengantin baru.. diam-diam, rupanya menyunting Zunairah jadi suri hidup. Alhamdulillah! Semoga berkekalan hingga ke dalam syurga! aminn..

Ok! nak sambung keje. 3:26 PM

Monday, December 04, 2006

Tahukan Anda?

hehehe..

1.
sebenarnya ayah aku seorang pengamal Perubatan Homeopathy. Bukan apa, baru tadi aku tolong kawan aku dapatkan Set Ibu Hamil, supplement dari seawal 1 bulan (masa mabuk-mabuk) hingga untuk mudah bersalin dan juga untuk kekuatan ibu selepas bersalin, tak lupa juga untuk menambahkan air susu untuk bayi. Kalau ada yang berminat.. boleh hubungi saya di YM atau email terus ke ifaalyana-at-gmail-dot-com.

2.
aku suka menulis.. dan banyak cerita yang nak aku tulis tapi masih tak sempat untuk tulisan yang panjang lebar. seperti
- cerita macam mana aku dapat PID atau 'slip disc'

- Sabtu lepas baru-baru ni, aku sempat naik bas ekspress ke Kuantan dan balik semula ke Damansara dalam hari yang sama

- cerita pencarian rumah sewa yang masih belum bernoktah dan lawatan ke Pameran Hartanah di PWTC Ahad lepas.

- jadual kerja yang mula padat (termasuk yang baru.. aku dikehendaki ke Bintulu selama seminggu) tak termasuk cuti tahunan yang masih berbaki 12hari (+ 2 hari lagi untuk cuti perpindahan lokasi kerja), sedangkan disember yang dah tolak hari cuti dan kerja-luar-daerah aku cuma ada 7 hari. Kalau pun aku boleh bawa ke-depankan 5 hari.. ada 7 hari perlu dihabiskan, sedangkan hari ni pun aku kerja. heh.. pening? tak yah pening.. lalui saja mana yang dapat.

apa ya?!

Malam ni aku ada Jamuan Makan Malam anjuran Persatuan Pekerja Wanita dan Isteri-isteri Pekerja syarikat aku di JW Marriot, KL. Hmm.. sayang Shahrina tak dapat ikut sama.. masih letih baru balik dari Pulau Pinang meneman suami tercinta berbasikal. Alhamdulillah Yongie ada, cerah semula harapan bersukaria.. kalau tidak, mahu aku lepaskan saja tiket yang dah dibeli. Thanks Yong..


Okay la.. cukup dulu celoteh aku.