Thursday, May 03, 2007

Al Fatihah

terbaru .. 02:03p.m.
wkdin: John: Hi.. sesiapa nak ziarah arwah.. jenazah akan sampai di seremban 3 ptg nanti.. alamat rumah 205, taman dato syahbandar, ampangan

--------------
01:35p.m.

dalam keadaan diri aku yang serba tak kena sejak akhir-akhir ini, aku benar2 terkejut mendapat berita lewat YM sebentar tadi, waktu rehat tghari..

alfatihah utk arwah Susanna Jafri dan Jebat Kasturi - msg YM dari mawar dan wkdin..

lantas segera aku berbicara dengan John Norafizan..mencari berita selanjutnya..
ifa_alyana :innalillahi wainna ilaihi roji'un,,,
ifa_alyana :hi john.. ifa alyana nih
ifa_alyana :arwah meninggal di mana?
john_nora :yeah
ifa_alyana :alfatihah..
john_nora :kajang semalam
john_nora :on the way to JB
ifa_alyana :dgn jebat? xcident?
john_nora :yeap
john_nora :ngan jebat skali.. dua2 meninggal dunia
ifa_alyana :semoga arwah berdua diampunkn dosa2 dan ditempatkan bersama org2 sholih..amin
john_nora :amin

itu saja yg aku dapat.
yang pastinya pemergian Kak Sue..benar2 menginsafkan diriku.. mengingatkan diriku bahawa bila2 saja kita akan dijemput menemuiNya. bersedia atau tidak..malaikat maut tak pernah akan menunggu.

Allah.. sesungguhnya Maha Kaya..

Kak Sue.. itulah panggilan yg dahulu sering aku laungkan.. saat bahagia bersama bersua dalam pertemuan yahoogroup akhir 2002..Relexjap..hingga terbentuknya Kelab Single RJ Aug 2003.. percutian di dusun durian Shah di Lenggong, Perak.. gathering RJ ke air terjun... pangsun.. ohh.. webmistress KSRJ site.. reading her blog.. let her join quizes.. hilang satu bintang Gemini yang sungguh mesra..

Semoga persemadian abadi beliau diterangi cahaya rahmat Ilahi..
Aminn..

Syahdu tak dapat memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumi.

-----------
petikan UTUSAN..

Suami isteri maut kemalangan
KAJANG 3 Mei – Sepasang suami isteri maut apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah kenderaan lain milik seorang pelajar warganegara Arab Saudi dalam kejadian di Kilometer 292.4 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2.24 pagi, Juhari Maswari, 51, dan isterinya, Susanna Jafri Tay, 33, yang menaiki kereta jenis Chevrolet mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Sementara itu, pelajar Arab Saudi itu, Hamtoush Abd. Aziz, 27, yang menuntut di Universiti Multimedia cawangan Melaka melecur teruk hampir 50 peratus bahagian badannya.

Juhari merupakan warganegara Singapura, manakala Susanna rakyat tempatan.

Difahamkan sebelum kejadian, kereta jenis Proton Gen-2 yang dipandu Hamtoush dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi kiri dan kanan jalan, menyebabkan Juhari yang memandu di belakang merempuh kereta itu. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam, kereta yang dipandu Juhari merempuh bahagian tangki minyak kenderaan Hamtoush menyebabkannya terbakar.

‘‘Hamtoush sempat keluar dari keretanya, bagaimanapun badannya melecur hampir 50 peratus,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati Hamtoush yang datang dari arah Bukit Mahkota ke Kuala Lumpur dipercayai memandu terlalu laju sehingga hilang kawalan menyebabkan Juhari tidak sempat mengelak dan melanggarnya.

‘‘Akibat rempuhan yang kuat itu, pasangan tersebut mati ditempat kejadian manakala Hamtoush yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut,’’ ujarnya.


----
dan dari Google.. dan Relexjap... rupanya Kak Sue hamil 6 bulan..hmm..*menarik nafas dalam.. betapa Allah sayangkan mereka sekeluarga.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home