Monday, April 25, 2005

kosong

Sendu...
hati tersedu pilu

Sayu...
hati terpaku layu

Sunyi...
hati diam membisu

Sepi...
hati hilang bait bicara

arghh.. melankolia
mana bisa ada yang mengerti
kerna bukan mereka merasai

.. aku tetap sendiri!
membenam pedih ..
merawat bisa tertusuk ..
membujuk kasih yang kian pergi

kosong..
hilang sekalian rasa
kelam pandangan mata

kosong..
melankolia hati

GEBENG
25/04/05

Thursday, April 14, 2005

pantun rajuk?

sebenarnya petang semalam seorang sahabat dari KL menghantar berbunyi..

kelapa diparut kedalam dulang,
ditatang tak tumpah sampai ke petang,
diri bagaikan melukut ditepi gantang,
datang tak menambah pergi tak mengurang

lalu .. bila ifa nak menjawab, beliau sudah pulang
begini jawapan ifa..

air sedulang ditatang teliti,
bila terhadang diam berdiri,
usah diikut rajuknya hati
kelak sendiri merana diri

rempah mewangi siap dipocong,
semerbak harum setiap selongsong,
biar dikata bak hidung tak mancung,
asalkan harga diri tetap dipasung

-GEBENG-

ifaalyana:
ada orang lain yang nak menambah / berpantun sama?

Wednesday, April 13, 2005

apa khabarmu di sana, sayang..

Dah lama sangat rasanya tak update blog. Ada beberapa posting yang ifa dah tulis tapi semuanya terbengkalai. Hmm.. tak tahulah kenapa kan. Kalau nak diberikan alasan, pastinya akan terbaris 1001 jawapan. Yang pastinya, kali ini ifa dah update setting di blog ifa ni supaya menerima posting melalui email. Senang sikit. Moga menjadi lah ye.

Ifa tahu masih ramai sahabat ifa tak kira lah yg pernah jumpa atau tak, sahabat alam nyata atau sahabat siber... sesetengahnya masih tidak tahu yang ifa sudah berpindah ke Kuantan. Menyewa di sini dan bekerja di sini, cuma dalam 2 minggu sekali di hujung minggu.. ifa akan memandu pulang ke Shah Alam. Maafkan ifa kerana menyepi. Bukan niat nak menyepi tapi.. entahlah. Satu persoalan yang memang ifa saja biarkan tak berjawab.

Terima kasih buat sahabat yang masih sudi singgah di blog ifa ni untuk mengetahui perkembangan hidup ifa di bumi darul makmur ini. Rindu sebenarnya dengan apa yang pernah kita kongsikan bersama.

...apa khabarmu di sana, sayang..
rasanya itulah antara bait lagu yang pernah dinyanyikan oleh Ramlah Ram yang ditujukan buat ifa oleh beberapa sahabat.

Alhamdulillah, sihat adanya. Sekali sekala ada juga tak sedap badan dan sakit-sakit biasa. Dan seperti selalunya.. ifa ni, walaupun sakit tak semua sakit ifa tu dizahirkan. Selagi boleh tahan.. selagi boleh bangun, bergerak dan bekerja.. kira OK lagi lah tu. Yang paling ajaibnya sejak ifa bekerja di Kuantan ni, ifa tak lagi kerap selsema. Tak macam masa ifa bekerja di KL.. boleh katakan 'hujan sepanjang tahun'. Alhamdulillah. Badan pun makin 'semangat'.

Apa rutin hidup ifa di sini? Hmm.. apa ekk. Biasa-biasa aja lah. Bangun pagi pergi kerja, petang .. pulang ke rumah. Cuma sejak akhir-akhir ini sudah mula pulang lewat bagi menyiapkan tugasan yang makin bertambah. Makan malam ifa antara beli/masak dan makan dgn teman serumah atau keluar makan dengan seseorang. Malam ifa akan menonton TV atau membaca atau menyiapkan kerje sebelum masuk tidur. Ifa pun tak tahu entah bila ifa nak mulakan aktiviti kecergasan seperti jogging / cycling. Boring kan!

Yang pasti.. ifa amat merindui kota batu itu! Rindulah nak bekerja di KL! Rindu aktiviti dan kawan2 di KL.. He he he.. bukan di sini tak best.. tapi entahlah. Tak tahu nak kata cemana.

Apapun..
prinsip asasnya.. terpulang pada kita kan. HIDUP INI ADALAH PILIHAN.. kita sendiri yang menentukan. Kalau nak sihat.. kene lah menyihatkan diri.. kalau tak, memang sakit le jawabnya. Kan!

ifaalyana :
teringat pesanan ibu ifa pasal jamu, buat anak dara.. sebolehnya janganlah minum air berasaskan kacip fatimah atau manjakani.. sebab.. itu cuma khusus buat yang sudah berumahtangga. Kenapa? hihihi.. sendri mau ingat la..