Tuesday, January 18, 2005

Eiduladha Sepenuh Erti

7 Zulhijjah 1426H

Hari ini hari ketujuh (jika mengikut kalendar Malaysia), tapi di Mekah, Kerajaan Arab Saudi dah mengumumkan wukuf (salah satu rukun haji; berada di Padang Arafah)jatuh pada hari Rabu iaitu pada 9 Zulhijjah . Dalam erti kata lain.. Eiduladha di Mekah akan jatuh pada hari Khamis. Kita pula menyambut Aidiladha pada hari Jumaat. Macam mana tu ye? Setakat ini, ifa masih menanti apa keputusan kerajaan kita. Yang pasti bagi ifa, Khamis ni, memang ifa ambil cuti tahunan sehari untuk pulang ke Shah Alam.

Kengkawan boleh membaca kisah aidiladha di laman DCCR juga. Apa khabar agaknya sahabat ifa yang menulis DCCR ni? Ifa doakan moga beliau sentiasa tabah dan tetap ceria melalui pelbagai cabaran perjalanan kehidupan ini. Rindu juga mendengar dan bercerita bersama. Nasib baik ada blog untuk bertukar kisah. Nampak gaya, hari ni.. kupasan nya dalam ruang isu yang sama.. hari raya!

Sebentar lagi (petang ini), adik ifa yang ke-3 (anak ke-5 dr 7) atau mesranya dipanggil Pya, akan menaiki bas ekspress dr Bandar klang ke Kuantan. Seronoknya mengenangkan adik perempuan yang jarak 9 tahun dengan ifa akan bercuti sehari dua di Kuantan menjelang hari raya qurban ini.

Kembali bercerita mengenai hari raya qurban, sejak kecil, ifa sekeluarga telah dididik untuk menunaikan puasa menjelang eiduladha. Setidak-tidaknya pada hari Wukuf iaitu sehari sebelum hari raya. Paling elok, 3 hari sebelumnya. Bila dikenang semasa kecil saat ifa menunaikan puasa ini, ifa cuma tau sebab nak bezakan hariraya puasa atau qurban. Kalau raya puasa, puasa sebulan.. raya haji/qurban, puasa sehari. Bila dah dewasa begini, pengertian puasa itu lebih mendalam. Bagai merasai bagaimana kehausan/kelaparan manusia seluruh pelusuk bumi yang berhimpun di Padang Arafah menunaikan rukun haji. Dalam pada waktu yang sama, mengingatkan diri akan segala kekurangan/kekhilafan diri dan secara tidak langsung sebagai salah satu cara menyucikan diri pada yang Esa. Dan dalam kejauhan begini, yelah ayah ibu dan adik2ifa di Shah Alam sedangkan ifa di Kuantan, namun.. insyaallah apa yang telah menjadi teras kehidupan ini akan terus dilaksanakan. Esok insyaallah akan puasa sunat.

Ifa tak tahulah bagaimana keluarga lain memandang hariraya qurban ini yang sememangnya berbeza dengan hari raya puasa. Secara peribadi, ia bukan saja merupakan satu hari untuk kita mengingat kembali segala pengorbanan yang dilakukan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar AS, malah.. ia perupakan hari dimana kita merenung kehidupan kita sebagai hambaNya dan kehidupan kita pengorbanan kita dalam sebuah institusi berkeluarga.

.. bersambung, bos panggil plak.

Tuesday, January 11, 2005

Belaian Jiwa

Belaian Jiwa I

Terngiang-ngiang nyanyian Innuendo ini.. yang sebenarnya lagu asal Carefree.. Entah kenapa rasa jiwa agak jiwang tiba-tiba...

Seindah
Tiada lagi yang ku ingatkan
Sayang kau hilang

Menanti
Biar sampai akhir hayatku
Di dunia ini

Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh! Angin
Sampaikanlah laguku padanya
Yang sedih pilu

Terimalah
Laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya


Lagu ini antara lagu kegemaranku.. seringkali juga bermain di bibirku terutama ketika ingin memujuk diri sendiri. Padaku, tak salah kita menyayangi diri sendiri. Dan.. lagu ini juga membawa aku mengimbas memori tatkala bersama Sh dan dia menyanyikan lagu ini buatku. Syahdu ku rasa.. sesyahdu hatiku bila setiap kali merenung masa depan kasih sayang yang wujud antara kami.

Belaian Jiwa II

Sebenarnya, aku senang menulis, berkongsi rasa di laman ini.. rasa seperti terbelai. Namun, yah.. hasrat ada.. cuma kesampaiannya saja sering tergendala. maklum lah, di pejabat.. ruang yang ada tidak sama seperti yang pernah ku lalui lewat waktu ku bekerja di Kuala Lumpur. Fasiliti nya juga agak terhad. Doakan saja ya, moga rencana kami untuk mendapatkan talian tetap di rumah sewa kami berjaya.

Apa kisah harianku sejak 3 Januari lalu?

Ya.. macam-macam saja tentunya.

Hujung minggu lalu, aku pulang lagi ke Shah Alam. Kali ini demi membantu seorang ayah. Menyelesaikan urusan insuran akibat kemalangan July tahun lalu. Juga membantu seorang sahabat baikku.. Nda. alhamdulillah selesai. Sempat juga kepulangan aku itu menggembirakan ayah dengan menemani beliau menonton filem P Ramlee.. berderai gelak tawanya. Sejuk rasa hatiku. Melihat wajah ibu yang tersenyum setiap kali aku membantu dan menjamah masakannya. Juga tak lupa, disempatkan waktu yang ada aku menjenguk Mak Dah dan Abah Kama. Dan, aku kini rindu nak makan sedulang dgn adik-adik di rumah. :).. indah kan bila melihat insan-insan yang tersayang tersenyum..

Bagaimana pula kalian membelai jiwa?

Monday, January 03, 2005

Catatan Pembuka 2005

3 Jan 2005

Di pagi yang dingin ini, ku rafakkan segala kesyukuran atas dugaan dan segala kenikmatan yang kukecapi lewat 12 purnama yang lalu. Alhamdulillah, aku masih bernafas di alam fana' ini.

Pelbagai cabaran emosi yang melanda cuba diatasi dengan ketabahan hati dan keteguhan iman. Adakalanya tewas jua kerna aku sekadar seorang manusia.. namun, aku terus mengharapkan dan berusaha agar tahun ini, doaku pdNya termakbul.. biarlah apa jua doaku.. hanya antara aku dan DIA. Benar seperti kata EP.. "Ketenangan akan ifa rasakan apabila telah mengenaliNya.."
buat adinda Alfiah Humairaq Ya'cof
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-19


pya..
walau mungkin kita berjauhan
ingatan dan doa buatmu sentiasa ada
kehadiranmu lewat 19 tahun lalu
walau bukan ku nanti seperti kekandamu berdua
namun, kakak amat berbahagia meladenimu
yang cilik dan nakal penuh bergaya

al..
kejelitaanmu kian terserlah..
walau dulu adik seperti rijal
kini, gadis ayu manis tak disangka
serasa cepat pula 19 tahun berlalu
yang penting, pelihara tingkah laku
agar dirimu sentiasa direstu

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
kakak sayang adik selalu

-KAKAK-
Walimah Jia'

Mungkin masih ingat lagi perbualan yang ifa coretkan di sini. Alhamdulillah segalanya selesai seperti yang dirancangkan walaupun ada juga sedikit sebanyak yang tidak tertunai.

Ifa mengambil cuti bermula 30/12/04-2/1/05 lalu. Tiba di Shah Alam sudah menjelang petang 30hb. Malam itu aku tak sempat singgah sebentar ke rumah Jia' kerna ada hal lain di rumah. Pagi Jumaat 31hb, aku tiba di rumahnya jam 11 pagi. Yelah sebelum membantu orang, hal di rumah sendiri perlu diselesaikan.

Tak tahulah apa sebenarnya terjadi, terkejut ifa dibuatnya bila pagi Jumaat itu baru si Jia' cakap yang dia nak ifa temankan dia pilih 'bed set'. Nasib lah pasangan dah dinikahkan sebulan awal. Kira Majlis yang diadakan ini cuma Walimahnya saja. Ifa pun turut risau bilamana banyak lagi perkara yang tak selesai walau majlis kurang 48 jam akan dijalankan. Namun, alhamdulillah, berkat kerjasama semua.. akhirnya selesai juga majlis tersebut. Maaflah, ifa memang belum ada kamera digital, jadi tak boleh lah dikongsi bersama detik-detik yang dilalui dalam majlis yang dah berlalu.

Letih memang letih, tapi ifa rasa bahagia bila melihat wajah Jia' dan keluarganya yang gembira. Hilang sementara, segala perkara yang menyerabutkan fikiran ifa sejak akhir-akhir ini. Tergelak juga ifa bila sesekali Jia' bagai terlupa yang Ifa bukan isterinya.. mana taknya, pantang ada yang tak kena.. mesti ifa yang dicari. Dari hal susun atur bilik pengantin hingga lah bila sampin songketnya yang tidak begitu kemas. Nasib la isterinya sudah semakin mesra dengan ifa saat itu, senang la ifa nak tarik dia bila si suami mencari.

Bila bercerita majlis perkahwinan, sepastinya ifa tak boleh lari dari soalan-soalan cepumas. Tak habis dengan sakat menyakatnya.. tak kurang juga yang tak henti mengorek rahsia. Yang seronoknya tu.. bila ramai pula yang sudah awal-awal ingin menaja macam-macam buat majlis ifa nanti. Dari nasi, lauk pauk hingga ke tenda (khemah)dan macam-macam. Ifa hanya mampu membalas dengan senyuman. Ifa sendiri tak tahu entah bila giliran ifa pula. Apa jua nanti, moga Allah lorongkan yang terbaik buat ifa.. amin~~

hmm.. apa lagi ek? kene sambung keje la.. heheh