Tuesday, November 29, 2005

Selimut Bahagia

hari ni aku buat kejutan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran hsmate merangkap officemate aku.. molly. terkejut besar dia dan senyum lebar hingga ke petang jadinya.

mana taknya, aku and seorang lagi kawan aku share belikan kek besar dari Secret Recepies. dan tak ketinggalan sekeping kad yang ditandatangani oleh semua kawan satu department. tambah pulak aku belikan dia jewel box dan selendang pink. dapat pula aku datang ke pejabat dengan mengenakan pakaian yang tak pernah aku pakai di kuantan ni.. skirt labuh hitam yg ala-ala british tu dengan kemeja putih beserta tudung hitam. hehhe... alih-alih yang dirai cuma pakai baju kurung kain kapas corak berbunga kecil. tapi pada aku, molly tetap manis!

tak habis-habis senyum dan dia kata ni kali kedua ada kek di harijadi nya. pertama kali masa tingkatan 5 yakni dalam 8-9 tahun yang lalu. suka aku tengok dia teruja hari ni.

aku pun tersenyum walau ada sekam luka yang kembali membara..

ni tak sabar nak balik dan teman dia gi potong rambut.. and nak tengok senyum lebarnya lagi.

bahgia bila dapat membahagiakan orang kan!

Monday, November 28, 2005

gelora..

dunia sekeliling macam bergelora..rasa macam naik kapal laut.. kenapa ya?! apa yang kurang? apa yang tak kena.. masih dicari..

tak mungkin hanya kerna gelora rindu jadi begitu.

mungkin sekadar kekurangan glukos barangkali.

sesungguhnya kita hanya tau nikmat sejahtera tatkala kita merasai ketidakselesaan begini. subhanallah!

Friday, November 25, 2005

Cuma Cuba-Cuba

Dah lama tak lawat laman web Astro. Ntah kenapa terasa nak mencuba.. ada satu tu ifa cuba utk tiket 'Perhaps Love' Lama juga tak tengok cerita cina. Siap kena tulis macam cogankata gitu.. nak tau apa ifa tulis utk soalan dia?

What does 'Love' mean to you?
Love is something that makes you live the life with the greatest spirit & no fear.

Thursday, November 24, 2005

Lelaki...

sekadar sebagai renungan hati untuk aku lebih menghargai.. indahnya LELAKI

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaan! nya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Tuesday, November 22, 2005

Simple But Meaningful

Nak tahu kenapa? JAMUAN MAKAN aka KENDURI MAKAN (tak kiralah apa pun functionnya)

Let it be kenduri kahwin, kenduri arwah, jamuan harijadi, jamuan persaraan, jamuan gathering atau yang tengah popular buar sebulan ni.. jamuan hari raya or jamuan rumah terbuka.. atau apa saja namanya, yang pasti agenda tetap sama.. makan!

Kenapa simple but meaningful?

Yelah.. agenda dia simple.. makan. Meaningful.. sebab ia akan mengenyangkan (fitrah orang makan yang kenyang lepas tu). Itu secara lahiriahnyalah. Tapi kita pernah perasan tak bila setiap acara begini berlaku ia sebenarnya menyimpulkan beberapa makna yang lebih dalam. Ukhuwah..persaudaraan..kemesraan..kasih sayang!

Hmm.. Jumaat lepas, ifa menjadi salah seorang AJK membantu persediaan jamuan aidilfitri peringkat Kuantan bagi syarikat ifa bekerja. Memang seronok. Sayangnya ifa tak dapat nak menghadiri sendiri majlis tersebut disebabkan ha peribadi. Walau begitu ifa tau sebenrnya bila ada cara beginilah, mana yang dah lama tak bersua akan muncul. mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Dan secara tak langsung mengingatkan ifa akan peristiwa yang berlaku setahun lepas di waktu ifa sedang menguruskan majlis yang serupa di tempat yang sama.

Baru sebentar tadi pula, 3 department yang terletak di ground level, admin building ni.. OPI, HR & HSE.. kami sama-sama mengadakan majlis makan-makan di dewan utama. ACaranya sama.. makan sambil dilatarbelakangi dengan alunan muzik raya nyanyian graduan AF3 yang tengah hot. Walaupun menu makanan adalah tarikan utama (sate,nasi himpit,nasi dagang dan lauk2nya,laksa pahang, mee goreng, buah, kek, kuih raya etc etc), apa yang ifa perhatikan tadi, pertemuan makan-makan adalah saat di mana mereka yang sibuk, bernhenti sebentar untuk makan.. dan secara tak langsung, berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan yang lain. Paling menarik tadi, ramai juga yang boleh berkongsi pinggan atau gelas bila tika pinggan dan gelas kehabisan dek tetamu yang ramai. Macam tengok satu famili besar sedang berkumpul di hari raya sungguh. Ifa tak makan semua menu yang ada kerana perut boleh terima sikit saja (6 cucuk sate, 2 ketul ayam lemak ciliapi,seketul ketupat palas & 2 potong tembikai, segelas sirap). Sikit je tu kan.. heheh..

Dan bila baca email opis tadi, terpandang tajuk "2nd PETRO*** IT Alumni (PITA) Hari Raya Gathering '05"..yang akan diadakan pada 6 December, 2005 (Selasa)jam 5petang-8malam di Corus Hotel. Ala.. sure best! Sayangnya, ifa tak dapat menghadirkan diri.

Tadi aku terhenti sebab ada discussion.

Baru sat-sat ni, ifa terima invitation dari geng keje kat KLCC untuk gath kat Vict**** Station Jln Ampang pada jumaat depan. Best nya! Tentatively I'll join. hehehe.. tak sabar rasanya nak jumpa shahrina, fariz, maria, nazri, yong, ervan, farah and chin chin.. i miss u all guys!

Itu baru cerita pasal jemputan jamuan raya.. tak masuk jamuan perkahwinan dan lain-lain.

Nilai itu bukan terletak pada zahir sesuatu tetapi pada maknanya tersendiri.

Monday, November 21, 2005

Raya Sudah .. Hujan Sudah

Bukan niat untuk berdiam atau apa.. tapi itulah kehidupan. Banyak dirancang tapi bila nak laksanakan tak semua dapat ditunai atau diselesaikan.

Hari raya telah lama berlalu.. telah masuk hari ke 19 Syawal. Kesihatan Ifa sejak akhir-akhir ini makin terganggu. Lepas satu ke satu yang dinamakan penyakit. Tapi, alhamdulillah sekarang dah pulih seperti sediakala, harapnya akan terus berpanjangan begini.

Sebenarnya ingin dicoretkan di sini segala kiriman ucapan raya melalui sms yang tak kurang menariknya. Mungkin akan diupload kemudianlah. Yang pasti, walaupun begitu, ifa masih menerima kiriman kad-kad ucapan walau bilangannya mula berkurang kerana ramai yang tela beralih ke inovasi menghantar ucapan ingatan perayaan..sms la.

Beraya di Shah Alam juga tak lama, raya ke-6 dah pulang ke Kuantan. Terima kasih pada yang menjembut ke rumah terbuka. Tapi maafkan ifa sebab tak dapat hadir. Moga masih ada waktu untuk bersua lagi.

Ifa menulis ni dari pejabat. Sejuk sungguh dirasa walau pendingin hawa telah tidak diaktifkan. Hujan masih lebat mencurah-curah walau dah lebih 48jam rasanya turun. Musim tengkujuh sudah bermula yang mengingatkan saat-saat pertama kali mendiami bumi inderapura ini tahun lepas. Tak sangkakan.. rasa macam sekejap.. tapi dah setahun rupanya..

Hujan-hujan ni, perut senang berkeroncong..rasa lapar. Kalau di rumah, bolehlah mengoreng tepung dijadikan jemput-jemput yang dicampur dengan bawang dan bilis. Kalau yang suka minum kopi, mesti terbayang kopi '0' pekat panas..tapi kalau ifa terbayang teh'0' panas la. Sejak kecil memang tak diajar minum kopi atau nescafe. Kalau malas nak memasak, dapat roti keras pun jadi.. fuhh. Dapat pula diteman dengan bual-bual kosong atau berisi dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga. Indahnya suasana.. kemesraan kekeluargaan atau persahabatan yang kian menghilang.

eh, ok tak ifa tukar layout baru nih?
hehehe.. sambung lagi nanti!

Tuesday, November 15, 2005

SMS Raya 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Semoga ibadah puasa diberkati Allah. Salam lebaran drpd Ibdillah, Azhaezah & Imanee Soffyya
Dil HP 02-Nov-2005 23:00:00

Selamat Hari Raya to you and your family ! May this be a joyous occasion with abundance of food, relatives & friends to meets. Lotsa hugs, Jihan
Jihan HP 02-Nov-2005 21:28:03

Mata kadang salah melihat, Mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga, Mohon maafkan segala khilaf yang pasti ada. Salam Aidil Fitri. – Daud, Anna & Aiman
Annabella HP 02-Nov-2005 20:16:59

000 0000 0000, 000.000000000, 000 00000, .00000 Drpd Mustapha J.
Boss MJ 03-Nov-2005 09:35:04

000 0000 0000, 000.000000000, 000 00000, .00000 drp Baharudin sekeluarga
En Baha HP 02-Nov-2005 23:00:00
* ni kes phone ifa tak leh nak decode balik.. 

“Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year ma half za hair bar ten. 2 loose eek class” sory I baroo bar leg dairy london
2T HP 02-Nov-2005 19:58:11


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada awak !
Huzaimi 08-Nov-2005 23:57:13

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, 10 jari disusun pohon ampun & maaf. Tersalah bahasa, tersilap laku, termakan terminum. Fariz & Rina
Fariz Shahfizal 02-Nov-2005 19:35:25

Izinkan ke2 tangan bersimpuh. Maafkanlah untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang terabaikan, hati yang berprasangka n sikap yang pernah menyakitkan. Mohon Maaf Zahir Batin .Selamat Hari Raya dari Zura & famili
Zura 02-Nov-2005 13:35:38

Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin. Dari kami sekeluarga, Dr Amir, Diana & Amalin
Dr Amir Akramin 02-Nov-2005 13:21:38

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. May Allah bless u & ur family
K Jamilah 03-Nov-2005 03:37:48

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Faizal, Dona, Farah & Danial
Dona Jols 03-Nov-2005 03:00:00

Sms dihantar p’ganti diri, selamat menyambut aidilftri, SALAM PENUH KECERIAAN dgn ingatan tulus ikhlas, maaf d pinta atas semua ksalahan. Dr wahab & Saliza, Penang.
Dil HP 02-Nov-2005 23:00:00

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Semoga ibadah puasa diberkati Allah. Salam lebaran drpd Ibdillah, Azhaezah & Imanee Soffyya
Wahap Saliza 31-Oct-2005 22:24:44

D hariraya knk2 b’main, b’main b’sama kwn & famili, d pohon maaf zahir batin, pesanan sms pengganti diir, Salam Aidilfitri ikhlas Aznul & Saheera
Saheera 02-Nov-2005 13:06:00

Buah Delima, Buah Papaya, Pagi2 mencari rusa, ucapan popular Selamat Hari Ray, Smoga diterima amalan puasa. Maaf Zahir Batin dr Ija & keluarga
Ija HP 03-Nov-2005 07:32:11

TQ n Selamat Hari Raya 2 u 2
Boss Azlan 03-Nov-2005 09:51:59

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Ilina & Syahrizan
Ilin HP 03-Nov-2005 12:07:20

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Maria & Nazry
Maria HP 03-Nov-2005 09:55:24

Selamat Hari Raya. May u eat more, laugh more & enjoy more. Wish u a great celebration
Chin chin 03-Nov-2005 08:44:00

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Salam Aidilfitri =AISHAH=
Aishah HP 03-Nov-2005 11:03:20

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Ahyad
Pak Itam Ahyad 29-Oct-2005 17:56:30

Selamat Hari Raya kembali. Mama & Keluarga
Kak Jue 03-Nov-2005 09:46:54

Ampun & maaf andainya TERkasar bhs.. TERsilap bicara.. TERmarah yg x kena.. TERtanya x tentu hala.. TERsasul yg x sengaja, TERpukul kat mana2, TERpekik d telinga, TERhantuk d kepala,TERpinjam harta benda, TERmoody semena2, TERumpat bila2, TER mcm2 lagi yg kene mengena, Semoga di maafkan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Ikhlas dr Tita skluarga
Tita Hp 03-Nov-2005 08:20:10

Seperti biasa phone aku kene barred d musim raya terpaksa pinjam phone org pengganti diri. ..maka, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.  -yong hhb
+6012... 03-Nov-2005 13:34:22

Jari d susun, maaf d pinta, tgn d tadah, doa d pohon, Semoga bbahgia d hari raya... serta limpahan rezki sepjg thn. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Ikhlas Rahim & keluarga
Rahim Johor 03-Nov-2005 12:43:11

Jika HATI sejernih AIR jgn iar ia KERUH, Jika HATI seputih AWAN jgn biar ia MENDUNG, Jika HATI seindah BULAN hiasi ia dgn IMAN, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. SEMOGA KEMENANGAN SYAWAL MEMBAWA SERIBU MAKNA & RMDN D TINGGALKAN DGN PENUH KEINSAFAN. @june
+6013... 03-Nov-2005 12:34:35

Ada ketika MATA silap pandang, TELINGA silap dengar, LIDAH tlanjur kata, FIKIRAN khilaf tafsir, HATI silap duga, mohon Maaf Zahir Batin.
+601.. 03-Nov-2005 10:41:22



Selamat Hari Raya 2 u & ur family. Pls accept my sincerest apology 4 my wrong doings & I pray thatu will b blessed wit all d happiness in d world
Ira sayang 03-Nov-2005 18:44:46

2 3 kucing berlari, lama2 kucing penat, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Jgn mkn byk2 nanti bulat... :-D
Shah Zulkarnain 03-Nov-2005 15:34:17

T K atas ingatan. Salam Aidilfitri from Wana.. Maaf Zahir Batin.
Wana 03-Nov-2005 18:55:18

Askum. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. TTA
Tita 04-Nov-2005 00:19:37

Pelita d etak d atas para, Hndk dnyala d tepi perigi, SMS d hantar pganti kad raya, Tanda ingatan d Aidilfitri. SALAM SYAWAL. Maaf Zahir Batin.
Ziemash 03-Nov-2005 22:21:32

Tiada kata2 seindah takbir memuji Ilahi. Tiada bulan seindah syawal izinkan kedua tgn ini memohon ampun maaf utk lisan x terjaga, janji terabaikn, hati yg bprasangka & sikap yg pernah mnyakitkn. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Ziemash 04-Nov-2005 14:17:43

Membeli belah d pasaraya, sambil menorat anak Pak Ali, kalau puasa Selamat Hari Raya, kalau x puasa Happy Deepavali. Maaf Zahir Batin !!!
Joko 06-Nov-2005 10:47:07

Em.. jauh ni ! Camne ek ?
Try jeritla…
Selamat Hari Raya sayang!
Dengar tak?
kuyun 03-Nov-2005 01:11:38

WELCOME to www.raya.com
Type PASSword
R A Y A
ACCEPTED!
New member processing….
REJECT! REJECT!!!!
Pose x cukup.. hehehe :p
Tini 03-Nov-2005 10:04:25

3 missed call!
+6019989xxxx 05-Nov-2005 20:48:38

000 0000 0000, 000.000000000, 000 00000, .00000 drpd md.shah sekeluarga
Md Shah OPI 10-Nov-2005 12:14:00


PICTURES MSG

*kubah masjid & tulisan jawi ALLAHUAKBAR*
Eid mubarak diucapkan, Maaf Zahir Batin d pohon > dari Hj Harun & famili Kuantan
harunj OPI 10-Nov-2005 00:04:25

*ketupat & tulisan rumi SELAMAT HARI RAYA*
Maaf Zahir Batin ikhlas dari Sharudin & family
sharudin 05-Nov-2005 11:23:11

*masjid & tulisan rumi HARI RAYA*
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari hasri, hasnita, nurhasya irdina & nurhasya najiha. Jemput dtg umah d sekinchan
Abg Ri 03-Nov-2005 23:14:35