Tuesday, November 22, 2005

Simple But Meaningful

Nak tahu kenapa? JAMUAN MAKAN aka KENDURI MAKAN (tak kiralah apa pun functionnya)

Let it be kenduri kahwin, kenduri arwah, jamuan harijadi, jamuan persaraan, jamuan gathering atau yang tengah popular buar sebulan ni.. jamuan hari raya or jamuan rumah terbuka.. atau apa saja namanya, yang pasti agenda tetap sama.. makan!

Kenapa simple but meaningful?

Yelah.. agenda dia simple.. makan. Meaningful.. sebab ia akan mengenyangkan (fitrah orang makan yang kenyang lepas tu). Itu secara lahiriahnyalah. Tapi kita pernah perasan tak bila setiap acara begini berlaku ia sebenarnya menyimpulkan beberapa makna yang lebih dalam. Ukhuwah..persaudaraan..kemesraan..kasih sayang!

Hmm.. Jumaat lepas, ifa menjadi salah seorang AJK membantu persediaan jamuan aidilfitri peringkat Kuantan bagi syarikat ifa bekerja. Memang seronok. Sayangnya ifa tak dapat nak menghadiri sendiri majlis tersebut disebabkan ha peribadi. Walau begitu ifa tau sebenrnya bila ada cara beginilah, mana yang dah lama tak bersua akan muncul. mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Dan secara tak langsung mengingatkan ifa akan peristiwa yang berlaku setahun lepas di waktu ifa sedang menguruskan majlis yang serupa di tempat yang sama.

Baru sebentar tadi pula, 3 department yang terletak di ground level, admin building ni.. OPI, HR & HSE.. kami sama-sama mengadakan majlis makan-makan di dewan utama. ACaranya sama.. makan sambil dilatarbelakangi dengan alunan muzik raya nyanyian graduan AF3 yang tengah hot. Walaupun menu makanan adalah tarikan utama (sate,nasi himpit,nasi dagang dan lauk2nya,laksa pahang, mee goreng, buah, kek, kuih raya etc etc), apa yang ifa perhatikan tadi, pertemuan makan-makan adalah saat di mana mereka yang sibuk, bernhenti sebentar untuk makan.. dan secara tak langsung, berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan yang lain. Paling menarik tadi, ramai juga yang boleh berkongsi pinggan atau gelas bila tika pinggan dan gelas kehabisan dek tetamu yang ramai. Macam tengok satu famili besar sedang berkumpul di hari raya sungguh. Ifa tak makan semua menu yang ada kerana perut boleh terima sikit saja (6 cucuk sate, 2 ketul ayam lemak ciliapi,seketul ketupat palas & 2 potong tembikai, segelas sirap). Sikit je tu kan.. heheh..

Dan bila baca email opis tadi, terpandang tajuk "2nd PETRO*** IT Alumni (PITA) Hari Raya Gathering '05"..yang akan diadakan pada 6 December, 2005 (Selasa)jam 5petang-8malam di Corus Hotel. Ala.. sure best! Sayangnya, ifa tak dapat menghadirkan diri.

Tadi aku terhenti sebab ada discussion.

Baru sat-sat ni, ifa terima invitation dari geng keje kat KLCC untuk gath kat Vict**** Station Jln Ampang pada jumaat depan. Best nya! Tentatively I'll join. hehehe.. tak sabar rasanya nak jumpa shahrina, fariz, maria, nazri, yong, ervan, farah and chin chin.. i miss u all guys!

Itu baru cerita pasal jemputan jamuan raya.. tak masuk jamuan perkahwinan dan lain-lain.

Nilai itu bukan terletak pada zahir sesuatu tetapi pada maknanya tersendiri.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
anime babe hot Mammoth mountains camping Km supplement Transvestite loverstranssexual woman cell phone plans for under+$20.00

11:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! »

10:08 PM  

Post a Comment

<< Home