Monday, November 22, 2004

Eidul Fitr 1425H

Salam buat semua pembaca blog Ifa yang muslim..
"TAQABBALLAH HU MINNA WA MIN'KUM"
(seharusnya di jawab dengan "MINNA WA MIN'KUM, TAQABBAL YA KAREEM")

Itulah ucapan yang telah kedengaran sesama ahli keluarga dan sahabat handai keluarga Ifa pada 1 Syawal 1425 yang lalu. Seawal pagi apabila masing-masing beretmu di tempat solat Hari Raya dan juga sesudah menunaikan solat sunnat EidilFitr. Solat sunat hari raya di kawasan lapang / lapangan seperti mana yang dicontohkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Boleh juga solat di masjid tapi di lapangan lah yang seafdhalnya.

Tak sangka dapat juga ifa mengakses internet dan dapat menulis sedikit buat tatapan semua pembaca yang rajin singgah di tempat ifa ini. ada lagi 15 minit sebelum waktu rehat tamat. Ifa baru kembali bertugas setelah 12 hari (10-21/11/04) bercuti di rumah ayahbonda. Boleh tahan sibuknya tapi yang penting.. alhamdulillah ifa bersemangat memulakan hari kerja di Kuantan ini. Mungkin ifa sendiri sudah merancang untuk bercuti lagi hujung minggu ini (27-30/11/04). heheh

Bagaimana agaknya sambutan kalian ya?

Ifa sengaja pulang ke Shah Alam awal 4 hari sebelum raya semata-mata untuk membantu ibu mengemas rumah yang sentiasa bersepah. Lebih-lebih lagi bila adik-adik ifa yang berempat itu tak mahu 'bergerak' untuk membantu ibu. Mereka lebih rela menanti 'mandur' (ifa) pulang untuk bersama-sama mengerjakan tugas-tugas yang telah di bahagi-bahagi. Alhamdulillah.. segala apa yg dirancang terlaksana. Dari tugas mengelap dinding, mencuci cermin, membasuh/memasang langsir, persiapan kuih-muih, pakaian raya dsb.. dapat diselesaikan menjelang malam raya. Ifa dan adik2 sempat juga menyebukkan diri menambah kesesakan di Bazaar Syawal di Bandar Klang. Dapat juga membelikan kain tudung (utk ibu, pya & iqa), tarbus (uda & achik), baju kedah (mbah) dan sampin (ayah). Baju Melayu 5 pasang telah ifa beli sebelum pindah ke Kuantan lagi dan utk yang perempuan (ibu, pya & iqa) telah ibu jahitkan jubah dari kain ela berbunga hadiah teman-teman. Ifa? hehe.. pakai aje mana yang dah lama ifa simpan.

Banyak kalau nak diceritakan satu-satu. Hmm

Apa yg ifa rasa raya nih? Bercampur-campur.

Bahagia dan gembira kerana meraikan hari mulia. Sedih juga kerana pagi raya kali ini tak seperti selalu, sesi bermaafan agak kucar kacir kerana ada yang siap lambat, bermaafan di tempat solat, ada di rumah selepas solat, ada juga yang di waktu petang dan malam. Yang pastinya.. ifa dah bersalaman dengan ayah, ibu, mbah, uda, achik, pya dan iqa. Angah ntah hilang mana di pagi raya. Along pula terus beraya lepas solat. Mungkin orang lain tak terasa sedih. Tapi ifa rasa sedih.. yelah.. macam keluarga yang tak seia sekata plak. entah la.

Raya kali ni memang ifa tak beraya sangat walaupun kalau ikutkan inilah pertama kali sejak bekerja, ifa cuti raya yang panjang. Tak tahulah apa yang tak kena.

Dikesempatan ini.. buat yang mengenali Ifa,
terimalah salam raya dari saya.. maaf zahir batin.

Friday, November 05, 2004

Rutin Ramadhan

Akhirnya, dapat juga masuk untuk update blog dari office.

Diam tak diam dah 22 hari Ramadhan berlalu. Ifa baru menyambung semula cuti panjang puasa setelah ber'puasa' solat hampir 10 hari. Banyak kisah yang diceritakan sampai tak tahu mana satu yang mahu didahulukan.

Bila bercerita pasal Ramadhan, pastinya akan ramailah yang bercerita mengenai makanan, pakaian, perhiasan dan kenangan-kenangan lama. Kegembiraan dan kedukaan yang mungkin pernah tersimpan dalam hidup seseorang.

Di sini, ifa nak bercerita mengenai rutin Ramadhan yg ifa lalui sejak kecil hingga hari ini. :)

Rutin Kanak-Kanak

Lama juga nak mengingat sesuatu yang dah terlalu lama berlalu. Seingat ifa, ifa ingat masa usia ifa 6 tahun. Pada usia itu ifa sudah mempunyai 2 orang adik lelaki, Uda yg berumur 3++ thn dan Acik yang sudah boleh berjalan. Bulan puasa masa tu ifa tak hirau sangat tetapi sudah dilatih berpuasa 'yang yok'.. memang pagi-pagi buka periuk. Maknanya, sahur ifa jam 8pagi kemudian tidak boleh makan sampai Zohor. Sesudah azan Zohor, boleh berbuka (makan+minum) dan kemudian berpuasa lagi hingga Maghrib. Masa siang yang terluang dipenuhi dengan bermain bersama adik atau membantu ibu menjaga/menyuap adik-adik. Kadang kala mengacau ibu yang menyediakan juadah berbuka. Entahlah, masa tu rasanya memang suka menolong ibu, mungkin sedar diri sendiri kot yang ifa anak perempuan sulung. Ibu pun memang tidak pernah memanjakan ifa sangat kerana ibu takut nanti hanya ifa seorang anak perempuannya sedangkan saat itu ifa ada 4 orang adik beradik lelaki.

Bila sudah masuk sekolah rendah (usia 7 tahun), rutin juga sudah berlainan. Bangun sahur sudah sama dengan ahli keluarga yg lain dalam jam 5 pagi. Selepas sahur, selalunya sambung tidur sebelum ayah kejut solat Subuh. Pergi ke sekolah bersama Along. Dugaan puasa berat juga saat itu sebab ifa sudah mula puasa genap sehari bukan setengah hari macam sebelumnya. Paling terduga bila di sekolah. Alhamdulillah ifa betul puasa walau ramai kawan-kawan yang tak puasa dengan alasan masih kecil. Cuma yang tak boleh lupa, semasa darjah 2 ifa suka join kawan beli air batu di kedai mamak dan hancurkan untuk menyejukkan muka, tengkuk dan tangan. Pernah juga terbabas masuk mulut. Nasib masa tu kanak-kanak. Tapi lepas darjah 2.. dah tak buat lagi rutin begitu kerana sudah ditegur oleh ustaz. Letih lesu jangan cakap la tapi tabahkan juga hati.

Bila balik rumah, tengah hari.. terus solat Zuhur dan tidur sekejap. Kemudian siapkan kerja sekolah dan solat Asar sebelum boleh bermain dengan adik atau jiran-jiran sebaya ifa (yang semuanya lelaki). Kebanyakannya permainan budak lelaki dan mainan anak kampung seperti tangkap pelalang, guli, gasing, konda-kundi, rounders, galah panjang dan merayap sekeliling kampung dengan basikal. Jam 6 dah kena mandi dan tolong ibu siapkan juadah berbuka. Masa umur 7-9 tahun tu, kadangkala minum juga air pili masa mandi petang. heheh.. bila ingat balik, malu je rasanya. Itulah kanak-kanak. Bila usia 9-12 tahun, dah puasa betul-betul lebih-lebih lagi bila tiba akil baligh.

Waktu berbuka selalunya hanya akan dimulakan dengan air manis, tamar dan buah-buahan. Kadangkala dapat juga makan kuih-kuih atau bubur sebelum terus solat maghrib berjamaah dengan ayah yang menjadi imam. Lepas solat, baru kami makan nasi berlauk. Rehat sebentar sebelum solat Tarawih berjamaah di rumah, kadangkala ayah jadi imam.. ataupun ibu (bila ayah ke masjid). Lepas solat, kami akan tadarus beramai-ramai. Yelah.. adik beradik saja masa tu dah 5-6 orang+ibu. Ayah mengaji sendiri tapi ibu yang semak. Cuma bila Along dan Angah masuk asrama.. geng tadarus jadi sedikit. Selalunya 1 juzuk untuk setiap malam puasa, maknanya mula tadarus malam 1 Ramadhan dan akan tamat sebelum malam 1 Syawal menjelma. seronok la masa tu. Alhamdulillah, ifa beruntung kerana sudah fasih membaca Al-Quran sejak usia 6 tahun lagi. Kemudian kami akan mentong (macam supper).

Ifa tolong ibu meniaga jual ayam kat pasar malam masa umur ifa 9 tahun. Masa tu rutin agak berlainan sedikit. Dalam setahun je ibu meniaga ayam.. kemudian ibu buka kedai makan. Yang bestnya, kedai akan ditutup bulan puasa semata-mata untuk memaksimakan ibadah di bulan yg mulia ini. Bukan selalu ada Ramadhan dan kita kan tak tahu sempat lagi ke kita bernafas di bulan Ramadhan yang berikutnya.

Rutin Sekolah Menengah

Ifa memasuki sekolah berasrama sejak usia 13 tahun. Jadi rutin berubah lagi. Sekolah bermula jam 7.45 pagi hingga 1 petang. Pulang ke asrama selalunya lepas membersihkan diri dan solat, akan terus ke sekolah semula untuk aktiviti ko-kurikulum ataupun prep, masa mengulangkaji. Asar pulang ke bilik as rama. Solat Asar berjamaah di surau dan akan disusuli bacaan Ma'thurat. Rindunya saat itu. Lepas solat, sama ada membasuh pakaian, menggosok atau menyakat orang. :)

Jam 6 lebih akan terus ke dewan makan dan beratur serta meletakkan tray makanan di meja khas mengikut no bilik. Setiap bilik ada 10-14 orang terdiri dari tingkatan 1-6 Atas. Tersenyum aku mengenangkan suasananya. Ingat tak ingat, inilah senarai bilikku dulu. Tingkatan 1-4 (Block C&D) dan Tingkatan 4-5 (Bloack A&B)
1990-D1:2
1991-C2:4
1992-C2:2
1993-D2:5, A1:2
1994-A2:2
Menu berbuka biasanya nasi, lauk, sambal dan sayur serta buah, kuih, tamar. Semuanya bersusun di ruang-ruang tray makanan yang berpetak-petak. Ifa selalunya kan duduk di kepala meja dan menjadi tukang baca doa. Hehehe.. dengan t-shirt dan track-bottom tersarung ditutupi jubah hitam atau kelabu, bertudung hitam atau putih atau krim.. itulah pakaian rutin ifa waktu itu. Pakai jubah sebab memang tak rajin nak tukar baju kurung. Lagi pun.. masa sekolah ifa agak nakal sedikit.

Solat Maghrib berjamaah dan bertadarus mengikut bilik juga. Selalunya ahli bilik ifa akan bertadarus di dalam bilik kerana lebih selesa dan boleh terus menyiapkan kerja sekolah ataupun berbual/menyakat orang. ;) Bila tiba solat Isyak, semua wajid ke Musolla utk berjamaah tarawih sekali. Dalam kenakalan ifa di sekolah, tak disangka terpilih juga untuk menjadi imam tarawih bermula ifa di tingkatan 4. Seram sejuk juga mula-mula tapi bertukar seronok bila mendengar suara ramai yang mengaminkan fatihah dan doa. Syahdu. Kerdil rasanya di sisiNya. Hmm.. Sayangnya banyak surah hafazan ifa yang makin menghilang. Nampaknya.. ifa perlu buat sesuatu. Syukur Ya Allah, kerna menciptakan Ramadhan sebagai bulan muhasabah diri. Ifa manusia, manusia selalu alpa dan leka. Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku. Amin.

Selesai tarawih, perlu turun prep lagi. Selalunya ifa akan ke kelas dan hanya akan pulang pada jam 12 malam. Kalau rajin akan terus menyambung prep di dewan makan atau terus saja pulang tidur di bilik asrama. Lampu dewan makan akan terus menyala sepanjang malam. Kadangkala tertidur di dewan makan juga sudah hampir biasa untuk kebanyakan pelajar yang rajin bersahur. Sahur akan dihidang jam 3.30-4.30 pagi. Waktu di dewan makan, selalunya ifa bukan belajar sangat.. suka menyakat orang dan berjalan-jalan di sekitar asrama atau padang perhimpunan. Tidak pun akan duduk di luar dewan makan yang berdekatan dengan ruang dapur. Bukan apa, semata-mata untuk mendengar lagu-lagu raya yang berkumandang di radio makcik dewan makan di hari 15 terakhir puasa. Hingga hari ini akan kuingati satu peristiwa bersejarah di sekolah ku pada malam Ramadhan di tahun 1992 yang menjadi bualan hangat seluruh Malaysia. Objek di langit dan kaki langit yang merah. MasyaAllah, Subhanallah Azzawajalla. Sesungguhnya Hanya Allah Tuhan yang Esa. Ada yang masih ingat? Akhbar semasa seluruh Malaysia waktu itu meragui tapi hanya pd yang menyaksikan yang tahu, laser la.. asap la.. Al-Arqam la. sesungguhnya objek itu hanya gumpalan awan putih di dinihari dan kaki lagit memang kemerahan seperti tika senja berlabuh. Wallahu'alam. Yang pastinya sahur di asrama memang penuh memori.

Rutin Di Rumah

Aku kembali duduk di rumah hanya bermula bila tamat tingkatan 5. Kebanyakan rutin dirumah adalah sama mcm masa ifa kanak-kanak. Cuma yang bezanya, kadang kala ifa yang kene menyediakan juadah berbuka atau bersahur. Solat tarawih , tadarus.. memang wajib. Dan bila semakin dewasa, ayah menambah tazkirah di pertengahan solat tarawih bila Ramadhan menginjak malam ke 15. Pernah juga solat sunat Gerhana Bulan yang berlaku di malam Ramadhan. Tak ingat pula tahun bila.

Lepas tamat pengajian ijazah, ifa kembali tinggal bersama ibu dan ayah di rumah. Seronok berpuasa di rumah walau ada beberapa peristiwa yang sering menguji keluarga kami tika Ramadhan berlangsung. Bersyukur lagi bila ifa sudah bekerja di KLCC dan mampu memiliki sebuah kereta. Kalau sebelum ini ifa tidak pernah beriktikaf di malam 10 terakhir Ramadhan, kerana ayah hanya ada motorsikal yang membolehkan ibu saja yang menunggangnya bersama ayah untuk ke masjid, sejak 2 tahun lalu.. Ifa sama-sama beriktikaf bersama ibu dan ayah di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Indahnya hanya buat yang pernah melaluinya saja yang tahu. Di rumah Allah, kita menambah ibadah dan menghambakan diri buatNya. Mengaji, berzikir atau solat sunat disamping memunajatkan doa buat kesejahteraan hidup. Pasti Mawar pun setuju kan!. Dapat juga ifa temukan ibu dengan mawar. Dan saat itu adalah saat kedua ifa bersua muka dengan Mawar. Dari alam blog ke alam nyata. :)

Dan ifa hanya akan mengalami rutin yang sama tahun ini bila ifa pulang ke rumah Rabu (10/11/2004) depan. Boleh la bawa ibu ke Masjid. Eee... tak sabarnya.

Rutin di KolejKMR/Rumah Sewa, Serdang
Sepanjang lepas SPM hingga masa ifa mengambil pengajian Diploma di Subang Jaya, ifa tinggal di rumah ibuayah di Padang Jawa. Ifa kemudian tinggal di asrama kembali bila ifa berjaya memasuki pengajian tinggi di Serdang. 4 tahun dengan rutin yang agak berlainan. Baik di kolej kediaman maupun di rumah sewa.

Tinggal di kolej bermaksud.. tidak boleh memasak di dalam bilik. Tahun pertama, hanya beli makan di pasar Ramadhan dan di makan jam 1 pagi. Rutin yang paling ifa tak suka kerana tidak dapat melakukan seperti yang telah dibuat di rumah. Cuma bila masuk tahun kedua, bertukar bilik dan teman sebilik (masa ni baru sebilik dengan Bilis), baru rasa hidup makin tersusun. Kami (ifa dan Bilis) akan berbuka di Maulana (kedai mamak yang berhampiran jalan ke tasik serdang) dan kemudian akan bertarawih di Surau Seri Serdang yang berdekatan dengan Maulana dan Pasar ramadhan atau pun terus ke Masjid UPM. Untuk bersahur..mula-mula hanya masak air dan nasi (beli lauk) tetapi dengan kecerdikan akal, dapat juga ifa menyiapkan sayur/sardin/telur goreng/sup/bubur dengan menggunakan rice cooker. Alhamdulilah tak pernah ada kebakaran atau pintasan elektrik. tadarus dibuat waktu siang bila tiada kuliah atau petang antara Zohor-Asar.

Ifa tinggal di kolej pada tahun 1-2 sahaja. Masuk tahun ke-3, ifa dan bilis menyewa di Taman Sri Andalas, Serdang. Rutin bertukar kerana bebuka selalu di rumah sewa, kadangkala saja kami berbuka di Maulana. Tarawih selalu di rumah sewa saja. Sahur pula, lebih selesa untuk memasak. hmm.. apa lagi ye.. tak ingat pula. Seronok bila akhirnya pulang ke rumah setelah tamat belajar.

Rutin Bila Bekerja

Saat ini rutin sebenarnya tetap sama mcm di rumah ibuayah, cuma yang berbeza bila berbuka puasa. Apa yang pasti, awal-awal Ramadhan, ifa akan pastikan berbuka di rumah. Cuma sekali-sekala terutama bila sudah masuk pertengahan Ramadhan begini, banyak jemputan berbuka dari teman-teman lama dan baru mahupun dari vendor. Dan ifa akan peruntukkan satu hari untuk berbuka bersama Bilis sahaja di mana-mana tempat pilihan. Bilis memang kawan yang paling rapat sejak di universiti dan kami meang berkongsi suka duka bersama. Moga bila kami masing-masing berumahtangga nanti, persahabatan ini tetap terjalin erat. Walaupun ifa berbuka di luar, ifa akan pastikan tiba dirumah selewat-lewatnya sebelum solat tarawih berjamaah yang selalunya sekarang akan diimamkan oleh ibu. Ayah akan bertarawih di masjid cuma jika ayah semput/batuk/demam saja solat di rumah.

Rutin di Kuantan

Teruji ifa bila benar-benar berada di luar lembah Klang. Jauh dari keluarga. Segala asas dan didikan yang telah menjadi rutin hidup selama ini. Ketabahan dan kekuatan iman. Ifa di Kuantan genap seminggu sebelum Ramadhan tiba. 2 hari sebelum 1 Ramadhan, ifa demam kena gigitan lipan bara. Banyak keperluan rumah masih tidak lengkap. Hanya tinggal berdua serumah. Tiada dapur masak seminggu Ramadhan.

Apa rutin ifa di sini?

Bertolak ke tempat kerja jam 7.20pagi dan akan pulang jam 5 petang. Selalunya ifa akan keluar dari tempat kerja jam 5.10-5.30 petang. Memandu pulang ke rumah, Ifa akan melalui Balok, Sg Karang, Batu Hitam sebelum tiba di Beserah. Ifa akan berhenti di Bazar di Balok, berdekatan stesen minyak Pertonas dan balai Polis Balok. Selalunya Ifa dan Molly (teman serumah,sepejabat) akan membuat satu pusingan dulu melihat semua yang di jual. Kemudian baru membeli. Juadah di sini lebih kepada yang berlemak dan manis. Tidak banyak pilihan seperti di Lembah Klang. Mungkin di sebabkan lokasi, Balok/Beserah sudah menghala ke Terengganu dan citarasa pantai timur lebih mendominasi sedangkan Lembah Klang tumpuan rakyat yang terdiri dari segenap pelusuk tempat, Utara, Timur, Barat, Selatan mahupun Sabah Sarawak. Menu di Bazar sudah boleh dijangka kerana kebanyakan jualan juga hampir sama. Kuih-muih tradisi (agar2, karipap, popia, akok, talam, chara, puteri mandi, badak berendam, cek mek molek, nekbat, dsb), lauk-pauk (masak lemak, gulai dsb), nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, ayam percik, ikan bakar, air sejuk(soya, tebu, bandung, jagung, lencheekang),murtabak dan bubur.

Tiba rumah dah 6.10ptg, terus bersihkan diri dan berbuka. Lepas tu solat Maghrib dan mengaji. Lepas habis 1/2 juzuk, berhenti dan kemudian berehat/berbual /menonton dvd CSI dgn Molly (masa belum ada siaran TV). Jam 10 malam solat Isyak & Tarawih sebeleum menyambung mengaji hingga habis 1 juzuk. Kemudian, membaca dan tidur. Bila terjaga jam 3 pagi, solat atau mengaji lagi sebelum tertidur lagi dan bangun jam 4.30 utk sahur sendiri sebab Molly tak biasa sahur. Terus solat Subuh dan tidur sebentar sebelum pergi kerja semula esoknya.

Rutin tergendala bila ifa dah kene bulan mengambang. Dan akan disambung lagi cerita nanti ya!

Muahhs..

ifa alyana : ada cerita lagi.. lain kali ye sambung.. RAMADHAN HANYA SEKALI, Mungkih kita bernafas lagi di Ramadhan tahun depan?