Friday, July 29, 2005

Salam Petang Jumaat

Jam dah nak dekat 7.00 petang. Lama aku tak menjenguk laman ni.

Terbaru. Aku dah lama tak balik kg di Shah Alam, ada dalam sebulan gitu. Rasanya bulan 7-9 ni kira bulan sibuk aku.

Sepanjang bulan 7 aku sibuk dengan Kem UPSR dan beberapa training. Bulan 8 ni pun lebih kurang sama. Minggu depan saja 1-5 Ogos.. ada 7 training yang aku coordinate, utk diri aku sendiri plak, ada 3 training yang aku kene attend pada tarikh yang sama 1-3/8. Mana tak fenin.

Dan paling baru.. aku akan dipinjamkan ke department baru, OPI mulai 1/8 tapi sebelah kaki aku masih terikat di HR. Jadi faham-faham sajalah. Tak mengapalah... namanya pun kerja. Nasib baik aku bujang lagi, kalau tidak kesian siapa jadi suami aku kan!

Rindu betul denga kawan-kawan di KL, lama tak jenjalan makna-makan di Warung tingkat 4, KLCC tu.. Sundanese.. huhuuhu.

Oklah.. tak leh nak menulis panjang. Badan dan otak letih betul rasanya. Ditambah pula kesihatan yg agak kurang memuaskan minggu ni.

Apapun, yEYYY!!! esok aku balik KL! Nak belikan barang2 rumah yg dah nak habis dan bawa ibu aku jenjalan tgk bandar.. nasib gaji dah masuk! :-)

Heh!.. kat mana ek ada HP yg okay dah murah harganya? Digi-cam ke? hehehe.. memacam plak dalam kepala.

Oklah.. roger n out guys..

p/s: doakan aku ada masa menulis yg best2 sikit lain kali. amin

Tuesday, July 19, 2005

Fuiihhhh

Sebenarnya housemate dah tunggu..

aku cuma nak cakap yang aku join Kawad Kaki utk Syarikat aku peringkat negeri Pahang!..huhuhu

k ada org nak kunci pintu opis daa...

Thursday, July 14, 2005

Mencari Semangat Yang Hilang

Pernah tak rasa macam segalanya malas nak buat. Padahal kita kenal diri kita yang sentiasa bersemangat untuk melakukan banyak perkara dalam hidup. Ada orang kata, malas bukan boleh diturut sangat. Memang betullah tu. Tapi pernah ke kita nilai diri kita kenapa kita tiba-tiba jadi malas. Bukan apa sebab penyakit M yang satu nih selalunya akn berjangkit dan merebak ke beberapa perkara yang lain macam resah, bosan dan kahirnya membawa kita memikir dan merasai yang bukan-bukan.

Dalam menung di kala sunyi, dalam 'melangut' menanti mata terlena.. tiba-tiba terlintas adakah yang hilang atau berkurang itu sesuatu yang kita panggil 'semangat'. Dan secara tak langsung lagu ini meniti di bibir dan dinyanyikan dgn amat perlahan tanpa aku sedar. Mengapa ya?
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Benarkah bila semangat menghilang, kita mula meragukan keupayaan sendiri? Padahal, sudah terbukti suatu waktu lalu yang kita berupaya menempuhi segala onak cabaran yang amat payah dengan jayanya. Bila tiada semangat, kita lesu dan selalunya akan begitu mudah mengiakan kata-kata hati.. apa jua lah bentuknya. Nah! Mungkin kerana aku masih sayangkan diriku, lalu aku teringat bait lagu itu yang mengajak aku untuk mencari jalan pulang. Pulang untuk kembali bersemangat.
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
Kita memang memerlukan orang lain untuk melihat ke dalam diri kita sendiri. Kadangkala kita memang begitu arif membantu meniupkan semangat buat insan yang kita kasihi maupun teman-teman yang dikenali. Namun, bila situasi yang hampir sama melanda diri sendiri.. kita gagal memujuk atau menyemarakkan api semangat diri kita. Kita memang memerlukan insan lain di sisi terutama, insan-insan yang kita sayangi, kan!

Bila bercerita tentang orang yang kita sayangi dan yang meyayangi, membawa aku menyanyikan bait-bait awal lagu yang tadi ingat tak ingat..
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Indahnya kan bila kita dalam keadaan tak bersemangat begini, insan tersayang di sisi. Kadangkala, bukan perlu dia berkata apa, memadailah berasa di sisi dan tenang mendengar resah yang kita bicarakan. Mungkin lebih indah andainya diselitkan dengan kata-kata perangsang yang membangkitkan lagi berahi untuk terus berjuang menempuh liku-liku perjalanan sebuah kehidupan. Hmm.. buat yang insan-insan tersayang, terima kasih HADIR dalam hidup ifah!

Dedikasi buat Nda yg comel..
" Kewarasan manusia itu adalah sesuatu yang rapuh. Kita berdua pasti masih ingat kata-kata yang terucap 7-8 tahun yang lalu kan! Jadi Nda.. walau kita karib dan terpisah dek jarak lokasi kita sekarang,ifa nak Nda kuatkan diri dan tabahkan hati serta sabar dan teguh iman padaNya. Dugaan kita walau berlainan tapi sebenarnya sama.. bukti Kasih SayangNYA pada kita. Kan kita dah janji.. Nda kuatkan diri for me, & ifa kuatkan diri for you. OK?"

Dedikasi buat adik Lin TEKAD, di KL dan adik Shaffiq TEKAD di Melaka..
" Walau apapun yang melanda dalam pengajian kalian.. berusahalah kerana masa muda itu hanya sekali. SPM tu biar jadi sekali je.. dengan yang terbaik. Sekiranya kalian membaca tulisan ini.. akak nak adik tahu.. if you need me.. I am always be there. Just dial-up my number, oK! Good luck!"

Dedikasi buat Sayang..
" Ifa tau Sayang ada cuma mungkin keadaan kita membuatkan ifa masih rasa jauh. Hmm.. Entah ye, hilang kata-kata pula. Moga dirimu dirahmatiNya selalu"

Istimewa didedikasikan pada semua pembaca blog ini..
"Terima Kasih kerana masih setia untuk menyemarakkan semangat meulis saya yang bak lilin ditiup angin. Semoga berbahagia selalu"

Dimanakah sebenarnya semangat yang hilang itu, ya?



Nota :
Sedang mencari semangat untuk menyiapkan tugasan kerja yang berderetan kala malam hari menjelang bak sewaktu menuntut di Universiti dulu. Membuat aku rindu pd diriku yang sanggup berjaga malam menyiapkan tesis dan tugasan-tugasan lain.

Wednesday, July 06, 2005

CInta Seorang Teman

Lagu ini aku tujukan pada 'seseorang' dan yang menariknya, lagu ini juga yang ditujukan kembali pada aku..

** masih terngiang suara BOB AF masa menyanyikanlagu ini di malam finale tahun lepas.

--------------

Cinta Seorang Teman
Ciptaan Adnan Abu Hassan


Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu