Tuesday, July 25, 2006

Ya Karimmm.. Ya Latiffff

astaghfirullahal'azim.. moga Allah ampunkan segala dosa-dosaku.

entahlah..
bila bermuhasabah diri, banyak lubang yang perlu ditutupi.. banyak bintik hitam yang perlu dibersihi..

sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang menimpa aku.. menimpa orang sekeliling yang amat hampir denganku.

mbah kat kampung sakit tenat. siap sudah meninggalkan wasiat.. alhamdulillah berkat kuasaNya jua.. masih panjang umur mbah. minggu lepas aku sempat pulang ke kampung menziarah ayahbonda dan mbah.

ayahbonda semakin dimamah usia. masing-masing menceritakan pengalaman ke klinik gigi dan mula membuat gigi palsu untuk mendapatkan semula nikmat makan dan bercakap. oh.. sayu bila terkenang mereka..

isham, kawan di loji tempat aku bekerja baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang 2 biji batu dalam 1sm diameter dari hempedunya. alhamdulillah cepat bertindak.

shahrina juga sedang dalam waktu berehat minggu lepas setelah berjaya dalam pembedahan membuang 'cyst' sebesar 6.5 sm. ina, maafkan aku.. masih belum sempat kita bertemu.

minggu lepas masa aku memandu pulang ke kampung, nyaris kemalangan yang boleh membawa maut bila tiba-tiba emosi dan fikiran agak bercelaru hingga kurang penumpuan di jalan raya yang gelap. nasib baik aku segera sedar dan dapat mengelak dari terjerumus ke bawah lori balak yang besar tu. alhamdulillah umur aku masih panjang.

dugaan perhubungan aku kali ini amat berbisa dan cukup pedih luka yang ku rasa. apa maknanya ya? apa yang perlu aku lakukan?? Ya Karim, bantulah hambamu ini.

akhirnya aku sedar sendiri.. hanya DIA yang MAHA MENGERTI! walau aku rasa aku sendiri.. DIA tetap ada untuk menemani.

nota: bila ya aku boleh menulis selalu?

Thursday, July 13, 2006

terkedu baca sms

"dapat berita, cik nana meninggal pagi ni sbb batu karang dlm hempedu n heart complications. Semoga rohnya d cucuri rahmat. Al Fatihah"
+KWynn | 13/07/06 | 11:06:39

sepantas kilat terus aku on kan YM.
makin terkedu bila terlihat icon smiley+handfon tertera disebelah nama ciknana(mentadakmentadu) berwarna kuning.

lama aku memandang..
hanya AlFatihah mampu ku bacakan.
semoga diampunkan segala dosa-dosanya & roh almarhumah ditempat bersama orang2 yang solehah..

tiba-tiba teringat kali terakhir kami bertemu
Suria KLCC
Madam Kwan, Tingkat 4
Baskin Robin, Tingkat 2
2004

lama sungguh tidak bertemu..
kini seumur hayatku tak mungkin bersua lagi

Thanks Kak Irene for the sms
------------------

side story:

shout for shahrina : moga the operation to remove her cyst akan berjaya dgn selamat. aminn..

------------------

teringat kembali pertemuan aku bersama ciknana. sapa sangka arwah sebenarnya adik kepada kawan sekolah aku..cik pankreas..

teringat arwah telah pergi.. mengingatkan aku bahwa mati sememangnya menghampiri dan tak mengira usia dan waktu.. ya Allah!

bersediakan aku?

Wednesday, July 12, 2006

hanya tuhan yang tahu

aku rindu sebenarnya ngan blog ni.

rindu nak selalu menulis dan membaca. ya.. membaca.. bukan setakat blog2 kawan-kawan, tetapi.. koleksi novel2 melayu yang aku ada. termasuk novel2 yang along aku beli kat kampung tu. ihiks, kampung eh. lama aku tak jenguk ibu aku. ahad depan ni, 16hb julai.. hari lahir ibu. hmm.. macam tak dapat juga nak balik kampung.

tapi mungkin aku leh luangkan masa bila aku turun KL untuk menghadiri latihan nanti. hmm.. tak sabar rasanya. rindu nak peluk ibu.

aku mungkin akan pindah KL balik.. yey! & arghh!

alamak.. baru nak tulis pepanjang.. dah kene panggil ngan bos.
tinggal dulu.

p/s:
1. for nda.. moga2 khamis ni tuhan membantu nda. amin. miss u!
2. for shahrina.. moga the operation goes well and u selamat. hope 2 see u soon.