Tuesday, July 25, 2006

Ya Karimmm.. Ya Latiffff

astaghfirullahal'azim.. moga Allah ampunkan segala dosa-dosaku.

entahlah..
bila bermuhasabah diri, banyak lubang yang perlu ditutupi.. banyak bintik hitam yang perlu dibersihi..

sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang menimpa aku.. menimpa orang sekeliling yang amat hampir denganku.

mbah kat kampung sakit tenat. siap sudah meninggalkan wasiat.. alhamdulillah berkat kuasaNya jua.. masih panjang umur mbah. minggu lepas aku sempat pulang ke kampung menziarah ayahbonda dan mbah.

ayahbonda semakin dimamah usia. masing-masing menceritakan pengalaman ke klinik gigi dan mula membuat gigi palsu untuk mendapatkan semula nikmat makan dan bercakap. oh.. sayu bila terkenang mereka..

isham, kawan di loji tempat aku bekerja baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang 2 biji batu dalam 1sm diameter dari hempedunya. alhamdulillah cepat bertindak.

shahrina juga sedang dalam waktu berehat minggu lepas setelah berjaya dalam pembedahan membuang 'cyst' sebesar 6.5 sm. ina, maafkan aku.. masih belum sempat kita bertemu.

minggu lepas masa aku memandu pulang ke kampung, nyaris kemalangan yang boleh membawa maut bila tiba-tiba emosi dan fikiran agak bercelaru hingga kurang penumpuan di jalan raya yang gelap. nasib baik aku segera sedar dan dapat mengelak dari terjerumus ke bawah lori balak yang besar tu. alhamdulillah umur aku masih panjang.

dugaan perhubungan aku kali ini amat berbisa dan cukup pedih luka yang ku rasa. apa maknanya ya? apa yang perlu aku lakukan?? Ya Karim, bantulah hambamu ini.

akhirnya aku sedar sendiri.. hanya DIA yang MAHA MENGERTI! walau aku rasa aku sendiri.. DIA tetap ada untuk menemani.

nota: bila ya aku boleh menulis selalu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home