Monday, November 22, 2004

Eidul Fitr 1425H

Salam buat semua pembaca blog Ifa yang muslim..
"TAQABBALLAH HU MINNA WA MIN'KUM"
(seharusnya di jawab dengan "MINNA WA MIN'KUM, TAQABBAL YA KAREEM")

Itulah ucapan yang telah kedengaran sesama ahli keluarga dan sahabat handai keluarga Ifa pada 1 Syawal 1425 yang lalu. Seawal pagi apabila masing-masing beretmu di tempat solat Hari Raya dan juga sesudah menunaikan solat sunnat EidilFitr. Solat sunat hari raya di kawasan lapang / lapangan seperti mana yang dicontohkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Boleh juga solat di masjid tapi di lapangan lah yang seafdhalnya.

Tak sangka dapat juga ifa mengakses internet dan dapat menulis sedikit buat tatapan semua pembaca yang rajin singgah di tempat ifa ini. ada lagi 15 minit sebelum waktu rehat tamat. Ifa baru kembali bertugas setelah 12 hari (10-21/11/04) bercuti di rumah ayahbonda. Boleh tahan sibuknya tapi yang penting.. alhamdulillah ifa bersemangat memulakan hari kerja di Kuantan ini. Mungkin ifa sendiri sudah merancang untuk bercuti lagi hujung minggu ini (27-30/11/04). heheh

Bagaimana agaknya sambutan kalian ya?

Ifa sengaja pulang ke Shah Alam awal 4 hari sebelum raya semata-mata untuk membantu ibu mengemas rumah yang sentiasa bersepah. Lebih-lebih lagi bila adik-adik ifa yang berempat itu tak mahu 'bergerak' untuk membantu ibu. Mereka lebih rela menanti 'mandur' (ifa) pulang untuk bersama-sama mengerjakan tugas-tugas yang telah di bahagi-bahagi. Alhamdulillah.. segala apa yg dirancang terlaksana. Dari tugas mengelap dinding, mencuci cermin, membasuh/memasang langsir, persiapan kuih-muih, pakaian raya dsb.. dapat diselesaikan menjelang malam raya. Ifa dan adik2 sempat juga menyebukkan diri menambah kesesakan di Bazaar Syawal di Bandar Klang. Dapat juga membelikan kain tudung (utk ibu, pya & iqa), tarbus (uda & achik), baju kedah (mbah) dan sampin (ayah). Baju Melayu 5 pasang telah ifa beli sebelum pindah ke Kuantan lagi dan utk yang perempuan (ibu, pya & iqa) telah ibu jahitkan jubah dari kain ela berbunga hadiah teman-teman. Ifa? hehe.. pakai aje mana yang dah lama ifa simpan.

Banyak kalau nak diceritakan satu-satu. Hmm

Apa yg ifa rasa raya nih? Bercampur-campur.

Bahagia dan gembira kerana meraikan hari mulia. Sedih juga kerana pagi raya kali ini tak seperti selalu, sesi bermaafan agak kucar kacir kerana ada yang siap lambat, bermaafan di tempat solat, ada di rumah selepas solat, ada juga yang di waktu petang dan malam. Yang pastinya.. ifa dah bersalaman dengan ayah, ibu, mbah, uda, achik, pya dan iqa. Angah ntah hilang mana di pagi raya. Along pula terus beraya lepas solat. Mungkin orang lain tak terasa sedih. Tapi ifa rasa sedih.. yelah.. macam keluarga yang tak seia sekata plak. entah la.

Raya kali ni memang ifa tak beraya sangat walaupun kalau ikutkan inilah pertama kali sejak bekerja, ifa cuti raya yang panjang. Tak tahulah apa yang tak kena.

Dikesempatan ini.. buat yang mengenali Ifa,
terimalah salam raya dari saya.. maaf zahir batin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home