Monday, November 21, 2005

Raya Sudah .. Hujan Sudah

Bukan niat untuk berdiam atau apa.. tapi itulah kehidupan. Banyak dirancang tapi bila nak laksanakan tak semua dapat ditunai atau diselesaikan.

Hari raya telah lama berlalu.. telah masuk hari ke 19 Syawal. Kesihatan Ifa sejak akhir-akhir ini makin terganggu. Lepas satu ke satu yang dinamakan penyakit. Tapi, alhamdulillah sekarang dah pulih seperti sediakala, harapnya akan terus berpanjangan begini.

Sebenarnya ingin dicoretkan di sini segala kiriman ucapan raya melalui sms yang tak kurang menariknya. Mungkin akan diupload kemudianlah. Yang pasti, walaupun begitu, ifa masih menerima kiriman kad-kad ucapan walau bilangannya mula berkurang kerana ramai yang tela beralih ke inovasi menghantar ucapan ingatan perayaan..sms la.

Beraya di Shah Alam juga tak lama, raya ke-6 dah pulang ke Kuantan. Terima kasih pada yang menjembut ke rumah terbuka. Tapi maafkan ifa sebab tak dapat hadir. Moga masih ada waktu untuk bersua lagi.

Ifa menulis ni dari pejabat. Sejuk sungguh dirasa walau pendingin hawa telah tidak diaktifkan. Hujan masih lebat mencurah-curah walau dah lebih 48jam rasanya turun. Musim tengkujuh sudah bermula yang mengingatkan saat-saat pertama kali mendiami bumi inderapura ini tahun lepas. Tak sangkakan.. rasa macam sekejap.. tapi dah setahun rupanya..

Hujan-hujan ni, perut senang berkeroncong..rasa lapar. Kalau di rumah, bolehlah mengoreng tepung dijadikan jemput-jemput yang dicampur dengan bawang dan bilis. Kalau yang suka minum kopi, mesti terbayang kopi '0' pekat panas..tapi kalau ifa terbayang teh'0' panas la. Sejak kecil memang tak diajar minum kopi atau nescafe. Kalau malas nak memasak, dapat roti keras pun jadi.. fuhh. Dapat pula diteman dengan bual-bual kosong atau berisi dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga. Indahnya suasana.. kemesraan kekeluargaan atau persahabatan yang kian menghilang.

eh, ok tak ifa tukar layout baru nih?
hehehe.. sambung lagi nanti!