Tuesday, January 18, 2005

Eiduladha Sepenuh Erti

7 Zulhijjah 1426H

Hari ini hari ketujuh (jika mengikut kalendar Malaysia), tapi di Mekah, Kerajaan Arab Saudi dah mengumumkan wukuf (salah satu rukun haji; berada di Padang Arafah)jatuh pada hari Rabu iaitu pada 9 Zulhijjah . Dalam erti kata lain.. Eiduladha di Mekah akan jatuh pada hari Khamis. Kita pula menyambut Aidiladha pada hari Jumaat. Macam mana tu ye? Setakat ini, ifa masih menanti apa keputusan kerajaan kita. Yang pasti bagi ifa, Khamis ni, memang ifa ambil cuti tahunan sehari untuk pulang ke Shah Alam.

Kengkawan boleh membaca kisah aidiladha di laman DCCR juga. Apa khabar agaknya sahabat ifa yang menulis DCCR ni? Ifa doakan moga beliau sentiasa tabah dan tetap ceria melalui pelbagai cabaran perjalanan kehidupan ini. Rindu juga mendengar dan bercerita bersama. Nasib baik ada blog untuk bertukar kisah. Nampak gaya, hari ni.. kupasan nya dalam ruang isu yang sama.. hari raya!

Sebentar lagi (petang ini), adik ifa yang ke-3 (anak ke-5 dr 7) atau mesranya dipanggil Pya, akan menaiki bas ekspress dr Bandar klang ke Kuantan. Seronoknya mengenangkan adik perempuan yang jarak 9 tahun dengan ifa akan bercuti sehari dua di Kuantan menjelang hari raya qurban ini.

Kembali bercerita mengenai hari raya qurban, sejak kecil, ifa sekeluarga telah dididik untuk menunaikan puasa menjelang eiduladha. Setidak-tidaknya pada hari Wukuf iaitu sehari sebelum hari raya. Paling elok, 3 hari sebelumnya. Bila dikenang semasa kecil saat ifa menunaikan puasa ini, ifa cuma tau sebab nak bezakan hariraya puasa atau qurban. Kalau raya puasa, puasa sebulan.. raya haji/qurban, puasa sehari. Bila dah dewasa begini, pengertian puasa itu lebih mendalam. Bagai merasai bagaimana kehausan/kelaparan manusia seluruh pelusuk bumi yang berhimpun di Padang Arafah menunaikan rukun haji. Dalam pada waktu yang sama, mengingatkan diri akan segala kekurangan/kekhilafan diri dan secara tidak langsung sebagai salah satu cara menyucikan diri pada yang Esa. Dan dalam kejauhan begini, yelah ayah ibu dan adik2ifa di Shah Alam sedangkan ifa di Kuantan, namun.. insyaallah apa yang telah menjadi teras kehidupan ini akan terus dilaksanakan. Esok insyaallah akan puasa sunat.

Ifa tak tahulah bagaimana keluarga lain memandang hariraya qurban ini yang sememangnya berbeza dengan hari raya puasa. Secara peribadi, ia bukan saja merupakan satu hari untuk kita mengingat kembali segala pengorbanan yang dilakukan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar AS, malah.. ia perupakan hari dimana kita merenung kehidupan kita sebagai hambaNya dan kehidupan kita pengorbanan kita dalam sebuah institusi berkeluarga.

.. bersambung, bos panggil plak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home