Monday, January 03, 2005

Catatan Pembuka 2005

3 Jan 2005

Di pagi yang dingin ini, ku rafakkan segala kesyukuran atas dugaan dan segala kenikmatan yang kukecapi lewat 12 purnama yang lalu. Alhamdulillah, aku masih bernafas di alam fana' ini.

Pelbagai cabaran emosi yang melanda cuba diatasi dengan ketabahan hati dan keteguhan iman. Adakalanya tewas jua kerna aku sekadar seorang manusia.. namun, aku terus mengharapkan dan berusaha agar tahun ini, doaku pdNya termakbul.. biarlah apa jua doaku.. hanya antara aku dan DIA. Benar seperti kata EP.. "Ketenangan akan ifa rasakan apabila telah mengenaliNya.."
buat adinda Alfiah Humairaq Ya'cof
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-19


pya..
walau mungkin kita berjauhan
ingatan dan doa buatmu sentiasa ada
kehadiranmu lewat 19 tahun lalu
walau bukan ku nanti seperti kekandamu berdua
namun, kakak amat berbahagia meladenimu
yang cilik dan nakal penuh bergaya

al..
kejelitaanmu kian terserlah..
walau dulu adik seperti rijal
kini, gadis ayu manis tak disangka
serasa cepat pula 19 tahun berlalu
yang penting, pelihara tingkah laku
agar dirimu sentiasa direstu

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
kakak sayang adik selalu

-KAKAK-
Walimah Jia'

Mungkin masih ingat lagi perbualan yang ifa coretkan di sini. Alhamdulillah segalanya selesai seperti yang dirancangkan walaupun ada juga sedikit sebanyak yang tidak tertunai.

Ifa mengambil cuti bermula 30/12/04-2/1/05 lalu. Tiba di Shah Alam sudah menjelang petang 30hb. Malam itu aku tak sempat singgah sebentar ke rumah Jia' kerna ada hal lain di rumah. Pagi Jumaat 31hb, aku tiba di rumahnya jam 11 pagi. Yelah sebelum membantu orang, hal di rumah sendiri perlu diselesaikan.

Tak tahulah apa sebenarnya terjadi, terkejut ifa dibuatnya bila pagi Jumaat itu baru si Jia' cakap yang dia nak ifa temankan dia pilih 'bed set'. Nasib lah pasangan dah dinikahkan sebulan awal. Kira Majlis yang diadakan ini cuma Walimahnya saja. Ifa pun turut risau bilamana banyak lagi perkara yang tak selesai walau majlis kurang 48 jam akan dijalankan. Namun, alhamdulillah, berkat kerjasama semua.. akhirnya selesai juga majlis tersebut. Maaflah, ifa memang belum ada kamera digital, jadi tak boleh lah dikongsi bersama detik-detik yang dilalui dalam majlis yang dah berlalu.

Letih memang letih, tapi ifa rasa bahagia bila melihat wajah Jia' dan keluarganya yang gembira. Hilang sementara, segala perkara yang menyerabutkan fikiran ifa sejak akhir-akhir ini. Tergelak juga ifa bila sesekali Jia' bagai terlupa yang Ifa bukan isterinya.. mana taknya, pantang ada yang tak kena.. mesti ifa yang dicari. Dari hal susun atur bilik pengantin hingga lah bila sampin songketnya yang tidak begitu kemas. Nasib la isterinya sudah semakin mesra dengan ifa saat itu, senang la ifa nak tarik dia bila si suami mencari.

Bila bercerita majlis perkahwinan, sepastinya ifa tak boleh lari dari soalan-soalan cepumas. Tak habis dengan sakat menyakatnya.. tak kurang juga yang tak henti mengorek rahsia. Yang seronoknya tu.. bila ramai pula yang sudah awal-awal ingin menaja macam-macam buat majlis ifa nanti. Dari nasi, lauk pauk hingga ke tenda (khemah)dan macam-macam. Ifa hanya mampu membalas dengan senyuman. Ifa sendiri tak tahu entah bila giliran ifa pula. Apa jua nanti, moga Allah lorongkan yang terbaik buat ifa.. amin~~

hmm.. apa lagi ek? kene sambung keje la.. heheh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home