Tuesday, November 28, 2006

apa ya?

Masuk hari ini, dah 28 hari aku kembali bekerja di KLCC. Dan ini adalah coretan ke-2 aku dari pejabat. Huhu..pejabat. Heh!~ *wink*

Apa cerita aku? Best ke kembali ke KL? BEST! yelah.. bila aku ke Kuantan dulu, sedikit sebanyak aku mengenali siapa aku. Apa yang sebenarnya aku suka dan tak suka, atau lebih suka. Best ke takbest, pada aku terpulang pada aku nak jadikan sesuatu tu best ke tidak, yedak?!

Apapun yang utamanya sekarang, kepala otak ni, bila tak diguna untuk tugas-tugas kerja aku ni.. lebih banyak berfungsi memikirkan macam mana nak dapatkan sebuah rumah untuk disewa di KL ni dan dalam pada masa yang sama, mencari-cari rumah yang hendak dibeli.

Bila dah mula berfikir ke arah yang satu tu.. maka ianya akan melaratlah.. kawasan mana yang sesuai; mudah ke KLCC, tak perlu bayar tol, kurang penggunaan petrol, komuniti yang baik.. macam-macam lah. Itu belum masuk kemampuan aku untuk bayaran bulanan.. sewa rumah, minyak, tol, parking di KLCC, tak termasuk yang lain-lain bayaran tak nampak macam penat dan sakit belakang aku ni (yang kisah sakit belakang aku ni.. nanti aku cerita lain kali). Dipertimbangkan juga, kalau boleh nak rumah teres saja, bukan flat/apt/kondo, tapi kalau area yg 'bahaya' macam bagus juga yang ada sekuriti. Entahlah. Banyak lagi yang bermain difikiran aku.

Baru tadi, aku cuba mendapatkan penerangan mengenai kemudahan pinjaman rumah di kompeni aku (bekerje) ni.. berapa yang aku layak, berapa tahun bayar, berapa banyak ansuran bulanan dan macam-macam. Bukan apa, setidaknya aku ada sikit info sebelum aku focus rumah mana yang aku nak beli. Umur aku dah bertambah, bermakna jumlah tahun untuk pinjaman pulak akan berkurang. Hujung minggu ni (1-3 Dec 06), aku ada terpandang di 'bunting' yang ada iklankan Pameran Hartanah yang akan berlangsung di PWTC. Pada masa yang sama juga ada 'PIKOM PC Fair 2006' kat KL Convention Centre. Sapalah yang akan temankan aku eh. Tak pun, aku gi sendirilah gamaknya, kot!

Khamis & Jumaat ni aku dah dapat cuti. Nak luangkan masa untuk ibuayah aku yang minta aku jadi supir diorang ke rumah Pak Itam aku di Kluang, Johor. Pak Itam nak gi menunaikan haji dan berangkat ke Mekah 3hb ni.. jadi kalau 6 tahun dulu, Pak Itam datang ziarah ayah aku, kali ni masa kitorang pula. Alhamdulillah..rezeki Pak Itam dan Mak Itam ke tanah haram.

Saat aku menulis ni, aku ditemankan putaran lagu-lagu Jepun yang menjadi koleksi aku..asalnya koleksi kawan-kawan di pejabat lama aku di Kuantan. Hmm.. manis bila mengimbas kenangan. (err.. ker ada kawan2 yang nak tambah koleksi aku ngan burnkan your favorites song in a CD and sent it to me?)

Oh ya, hari ini atau esok, aku akan jumpa Opy.. kawan opis lama aku (yang macam abang aku gak) di Kuantan.. dia ada 'skill group training' kat Bangi. Siap bawa sekeluarga tu, yelah cuti sekolah. Opy bawakan MRI (X-ray) aku dari Kuantan Specialist Hospital, yang aku buat masa aku ditahan di wad (seminggu juga)KSH. Hujung minggu lepas aku nak balik Kuantan, tapi kesihatan aku tak mengizinkan, jadi Molly (housemate aku) tolong ambilkan dan pesan pada Opy. Sekarang, aku dirujuk ke Ampang Puteri Specialist Hospital pula. So, sesekali melawat la pakar di sini dan kene jalani rawatan physio (yang aku rasa kat KSH lagi best! heh~).

Haa.. cerita pasal hospital, jumpa doktor baru.. aku dapat tambahan ubat baru yang betul-betul buat aku 'weng'. Mana taknya ambil separuh pun, dalam beberapa saat je aku dah 'hanyut'. (maaflah ye, yah.. bukan ifa takmo makan ubat ayah kasi.. tapi tak tahan sangat sakit kali ni..terpaksa makan pain killer gak.)

Lagi apa eh?

Aku doakan Kak Nik (wifey Amri) segera sembuh lepas pembedahan batu karang di dalam hempedu. Maaf, Ifah tak dapat nak melawat.

Buat sementara ni aku tinggal ngan Shahrina, dan kongsi bilik dengan Shahira (Rina's sis). Gi keje pun kongsi-kereta ngan diorang, Farizs(hubby Rina) yang drive. Kitorang sama-sama ke KLCC. Tengah bulan depan pun diorang nak pindah ke rumah teres dari kondo yang kitorang diami sekarang. Aku harap sangat waktu itu aku pun dah jumpa rumah untuk aku. Ohh, moga Allah mudahkan. Amin.

p/s: sesiapa ada info pasal rumah sewa <500 up tp RM900, area KL/Ampang, leh la email me at ifaalyana-at-gmail-dot-com atau YM ngan aku YM ID : ifa_alyana. wokeh

Ok lah tu dulu. MATANE!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Yeye.. ada update. Hehe. Mudah2an jumpa la umah sewa tu yer. Kalau nak beli umah, mmg org kata kondo/apartment tu mcm lg secure sbb ada security guard.. tapi nak ikut, ada gak kes2 yg ngeri jd kat kondo.. mana2 pun ada risk. Kena pandai jaga diri jer.

2:03 PM  

Post a Comment

<< Home