Monday, December 06, 2004

... sesuatu yg tak disangka..

08:40am

3 hari lepas, ketika ifa sedang berbual dengan seorang kawan di telefon dan dia sedang memandu.. mungkin saat itu DJ radio sedang memutarkan kembali lagu ini.. kedengaran sayup-sayup suara KRM

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan


Banyak perkara yang tak disangka terjadi dalam hidup ifa sejak akhir-akhir ini. Paling tak disangka dan ifa sendiri sebenarnya bagai masih tidak percaya bahawa sedang bertugas di Kuantan, satu daerah yang suatu tika dulu hanya ada dalam gurauan bersama 'teman' lama. Kemudian menjadi gurauan rakan-rakan sekerja pabila IT Division di'outsource'..

"antara Gurun, Melaka, Segamat, Kertih, Kuantan, Miri, Bintulu, Labuan... mana satu agaknya kau rasa ok, ek? "
"hmmm.. surely Kuantan kot!.. tak pun, Melaka ok gak.. kampung ayah aku"
"kalau betul, cemana?"
"entah!"
** alamak, kene stop pulak.. boss panggil

14:05pm

Jumaat lepas, sebelum pulang dari pejabat, tak sangka ifa akan mendapat teman serumah baru. Selama 2 bulan kat sini, kami cuma berdua, ifa dan Molly. Sejak semalam kami jadi bertiga. Tuti, pelajar UTP yang membuat latihan industrinya di tempat aku bekerja. Dapat pula, Tuti adalah anak buah bos. Walaupun cuma 8 bulan saja Tuti akan tinggal dengan kami, kami memang mengalu-alukan kehadirannya. Kecil comel je orangnya.. muda lagi baru 22 tahun.

Tak sangka diam tak diam, kita dah tiba di penghujung tahun. Tugasan di pejabat juga semakin banyak. Senarai yang diberikan semakin panjang. Dapat pula ifa baru bertukar skill dari IT ke HR dan rakan yang telah lama bekerja di bahagian Ifa ini, bertukar ke KLCC pula. Doakan saja semua tugasan besar ifa nanti berjaya mencapai target. Amin..

Yang paling ifa tak sangka juga, hujung minggu (sabtu/ahad) lepas ifa mendapat 10 jemputan perkahwinan teman-teman sekolah dan kenalan. Antara yang penting majlis Mu'ai (rakan sejak tingkatan satu) dan Che' Ta (rakan sebilik masa ifa tingkatan 4).
Buat ..
Muhaini Abdullah Sajat & Suami
Fahita Hj Mokhtar & Suami

"Barakallahulakuma Wa Ja'alakuma Khairan"
Semoga Allah memberkati kehidupan kalian.
TAHNIAH!!! dan maafkan Ifa kerana tidak dapat menghadirkan diri di saat kebahagiaan ini dirakamkan dalam album kenangan
Sedih juga sebenarnya bila tidak dapat memenuhi jemputan. Bukan apa, Mereka berdua antara orang yang agak rapat juga. Dapat pula Mu'ai adalah rakan sekelas masa kami Tingkatan 5 di SAMTH, Klang. Dalam kelas kami hanya 20 orang yang semuanya perempuan (sekolah perempuanlah katakan). Sejak 1996, bila bermula seorang demi seorang yang mendirikan rumahtangga, sepastinya Ifa adalah satu-satunya antara mereka yang tidak pernah gagal untuk menghadiri setiap jemputan.. Moon, Yann, Syam, Aida, Naza, Fiza, Jo-N, Waheeda, Ziema, Yati, Ila, Nard,(lagi 2 org tak ingat pula saat ni) ... dan yang masih solo.. Ayu, Mas, Are-Jun, Wiena, Amy Jimi & saya sendiri ler . hihihi..

Cerita bab nikah kahwin ni, Ifa tak sangka juga bila Ibu baru saja telefon dan memberitahu bahawa lelaki yang 'dicadangkan' untuk mengahwini Ifa telah bernikah semalam. Alhamdulillah...* hehe.. lega rasanya dengar macam tu.. mungkin sebab si dia tu anak kawan baik ibu kot * Dan ibu menyuruh Ifa pulang untuk membantu majlis kenduri yang akan diadakan pada cuti Hari Natal tak lama lagi. Secara peribadi, Ifa menyenangi juga si dia tu.. tapi tak lebih sebagai kawan yang baik. Dia memang seorang lelaki yang bertanggungjawab, cuma.. mungkin memang bukan jodoh kami. Entah ye, tak de rasa kecewa langsung. Ifa gembira dengar berita pernikahannya. Yang kedengaran cuma sedikit nada terkilan ibu. "Maaf kan anakanda ye bonda.. bukan tak mahu tapi kan awal-awal dulu anakanda dah bilang, tak nak lah sepupu sepapat atau anak kawan2 ayahbonda ye.. bukan apa.. kalau jadi apa-apa tidak lah sampai berpatah arang, hilang saudara" *wink*

hmmm...

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

by Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)

Syahdu seketika bila melagukan kembali bait lirik yang secara tak langsung memang menyayat hati ifa saat ini. Teringat kembali kisah-kisah lalu yang sudah menjadi nukilan sejarah, membuatkan ifa memikirkan banyak perkara. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.. perasaan yang telah lama dikuburkan itu hadir lagi.. dan yang menyakitkan kini, hakikat satu impian tak mungkin seindah kenyataan. Moga Allah lorongkan jalan yang baik dipilihkan buatku.. juga, semoga diri ini lebih kuat dan tabah menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal terjadi. Aku redha, asalkan dia mendapat yang terbaik.

itu lah ye.. bila
sesuatu yang tak disangka berlaku!
kalau anda.. macam mana pula?

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... Kaspersky anti virus personal v5

9:37 PM  

Post a Comment

<< Home