Wednesday, December 15, 2004

Di Kesempatan Yang Ada

10:32 pagi
Alasan bukan sesuatu yang sepatutnya dijadikan batu loncatan untuk melepaskan diri dari sesuatu yang tidak dapat ditunaikan tapi selalunya, itulah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ifa pun tak lepas darinya.

Petang kelmarin, pulang saja dari kerja terus memandu dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Tuntutan kerja di KL semalam membuatkan diri Ifa cukup teruja. Hanya tersedar akan tugasan tersebut tatkala memeriksa kalendar kerja selepas makan tengahari Isnin lepas. Maka, memandu saja lah jawabnya kerana memang suntuk untuk memesan tiket kapal terbang.

10:38 pagi
Berhenti menulis sebentar untuk menghadiri Majlis Perpisahan Hj Zaili (Admin Head) yang akan berpindah ke Labuan. **makan lagi..* :)


3:35 petang
Lepas waktu rehat yang ifa pun tak keluar rehat. Majlis tamat hampir jam 12. Ucapan dan ada tayangan klip video Hj Zaili sepanjang 13 tahun di MTBE/PP. Sempat juga Hj Zaili tujukan lagu untuk kami.. S07- BErhenti Berharap. Mula-mula tayangan, semua pakat gelak sebab banyak foto-foto lama , namun suasana agak syahdu bila tiba di slide terakhir. Walau tak sampai 3 bulan Ifa mengenali beliau, namun ifa amat menghargai keprihatinannya. Itulah yang dikatakan, di kesempatan yang ada.. manfaatkan peluang yang terbuka. Ifa doakan moga Hj Zaili berjaya dan bahagia di Labuan nanti.

Sebenarnya ifa menulis nih nak bercerita pasal kisah semalam. Makin hampir ke penghujung tahun, ruang-ruang waktu dalam kalendar ifa semakin padat. Bukan saja hal-hal adik-adik/keluarga, kawan-kawan.. sepastinya hal pejabat juga.

Menyambung kisah yang mula-mula ifa tulis dia atas,.. punch-out jam 5.45ptg. Terus ke kedai buat kunci pendua untuk Tuti. Singgah pasar malam kat Beserah kejap untuk beli makanan untuk berbuka dalam kereta sebab semalam ifa puasa ganti yang masih banyak lagi. Jam 6ptg,bertolak dari Kuantan, jam 9 malam tiba di KLCC. Jemput Bilis di KLCC & Baulu kat KL Sentral sebelum check-in di Hotel Equatorial, Jln Sultan Ismail. Ifa terpaksa menginap di hotel yang sama untuk event yang perlu ifa hadiri di pagi esoknya (pagi semalam le). Preview kursus yang akan dianjurkan di syarikat ifa. Seronok dapat jumpa si Bilis & Baulu. Ifa tak beritahu ibu ifa yang ifa ada di KL semalam kerana tak sanggup dengar suara & melihat wajah ibu sedih bila ifa hanya beberapa jam saja di rumah. Petang semalam lepas acara di hotel terus ke KLCC untuk SAP personal coaching untuk project yang sedang ifa siapkan.

Itulah.. di kesempatan yang ada.. dan cukup terbatas..
kadangkala kita sendiri tak tahu ataupun serba salah untuk memilih dan membuat keputusan. Dan sepastinya, dalam setiap pilihan keputusan yang kita buat, pasti akan ada yang terlepas.

Apa yang ifa dapat sepanjang seharian di KL?
1. Menunaikan kewajipan sebagai pekerja - menghadiri seminar & latihan terus menerus 8 pagi - 7 malam.
2. Menggembirakan kawan baik ifa si Bilis - kasihan dia semakin kurus.
3. Minum teh tarik dengan kawan-kawan ; Bilis, Baulu, Aishah (maaf le pada yang tak sempat berjumpa atau lambat dicontact, belum rezeki kot)
4. Ziarah & bertukar cerita dengan member kat level 61.. Uncle, Kak Aya, Kak Zue, Bob DCCR (sayang ke Kak Wynn BKSP dah balik masa tu).

Apa yang ifa tak mampu lakukan dalam masa yang sama & amat pendek..
1. Melawat ibuayah. (sedih sangat!!~)
2. Menghubungi/bertemu kawan-kawan yang lain.
3. Membeli barang keperluan yang di dalam senarai.
4. Menghadiri majlis teman di Kuantan
5. .. banyak lagi yang lainn!! :'(

Badan memang letih jangan cakap la. Jam 8 malam dari KLCC , alhamdulillah tiba jam 10.15 malam di Kuantan. Hari ni pun bekerja seupaya mungkin.

Dan posting ini ifa tulis buat semua teman-teman yang menanti cerita dari Ifa. Maafkan ifa kerana kesempatan yang ada sering terbatas. Hajat dan niat ada tapi kemampuan tu yang selalu tiada. Alhamdulillah dapat juga ifa menulis sedikit.

Merenung kembali tajuk yang ifa tulis membuatkan ifa terfikirkan banyak perkara... hingga terluahnya coretan di bawah ini:

Di Kesempatan Yang Ada

di kesempatan yang ada..
mungkin memaksudkan waktu yang ada
mungkin jua peluang bersama
atau saja usia yang tersisa

di kesempatan yang agak terbatas..
mampukah kita menunaikan
tuntutan kerjaya
tuntutan ayahbonda keluarga
tuntutan peribadi
asal jangan sampai alpa
tuntutan Ilahi Maha Kuasa

di kesempatan yang ada..
sebenarnya detik jantung waktu
menilai perjalanan yang dilalui
bukan sekedar meladeni
rentetan bicara atmasari
memperbaiki hakiki diri
menjadi hambaNya abadi
menjadi manusiawi berperibadi

di kesempatan yang ada..
cabaran tetap melanda
menuntut segenap rasa
tabah, teguh, tegas, cekal
tekun, tekad, juga lainnya
sejajar dengan kentalnya
ilmu, iman & amal yang tersemai
agar tiada kerapuhan nurani

di kesempatan yang ada..
memang akan pasti ada yang kan hilang
dalam mencapai sesuatu untuk dipegang
usah gundah usah gentar
hidup ini cuma pilihan
antara dua cuma satu pasti tertunai
asal jangan sampai andang yang menyala
gagal menjadi obor pedoman

apa jua yang dilakukan
di kesempatan yang ada..
moga bahagia membelah derita
agar ceria membenam gulana
jua yang tersayang tersenyum mesra

apa jua yang dilakukan
di kesempatan yang ada..
moga segala khilaf dimaafi
diampun dosa dari Ilahi
agar pahala berdikit membukit
bekalan meneman usia
di alam ukhrawi..

buat teman dan pembaca
manfaatkanlah setiap detik
di kesempatan yang kalian ada..
kerna ia tak mungkin kekal di sisi

Ifa Alyana
Gebeng 15122004


Senyum manis buat semua..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home