Monday, April 10, 2006

waktu yang sendat

jumaat lepas aku ambil cuti tahunan atas keperluan peribadi. pagi jumaat jam 2.00pagi, aku dah di terminal kuantan menaiki bas ekspress ke KL. tiba di pudu dalam jam 6.15 pagi. cuba mencari tiket pulang ke kuantan untuk perjalanan jumaat malam sabtu juga tapi sayangnya kaunter semua belum di buka. kalau ada pun, semua tiket habis terjual.

aku terus ke benteng, ambil bas ke damansara damai, rumah tita. berehat dan membersihkan diri, jam 11 pagi aku ke kelana jaya untuk rawatan Ceragem. apa tu? ada waktu aku akan ceritakan lebih terperinci. yang pasti.. alhamdulillah badan aku lebih sihat aku rasa. kan best kalau dia ada cawangan di kuantan. petang aku sempat ke temujanji aku dan masih punya waktu untuk lepak-lepak di SF, klcc jumpa mr loh swee hai yang nak ke Australia for good.

jumpa nda dan tita, walau sekejap.. melegakan juga kali ini. alhamdulillah. nda dan tita turunkan aku di pekeliling. alhamdullillah ada bas ke Temerloh. nampak gaya kene naik bas lompat lah jugak. bas ke kuantan semua dah habis. doa aku panjang agar ada bas dari temerloh ke kuantan. syukur makbul juga walau kene transit 1 jam di temerloh. jam 1 pagi aku tiba di kuantan. bersihkan diri dan tidurlah jawabnya.

sabtu pagi seawal jam 7 pagi dah bersiap untuk ke pejabat. jadi fasilitator untuk 'physiological age test'... ujian menguji usia tubuh badan kita sama ada sama atau lebih muda/tua daripada umur kelahiran kita. dari pagi sibuk dengan 10 test untuk 62 orang yang hadir. petang pulak sibuk buat analisis dan masukkan data. alih-alih bila dah malam kat rumah... tidur awal...

ahad yang cuti rasa macam tak cuti sangat. mengemas bilik dan rumah. tak termasuk mencuci baju seminggu dan memasak.

hari ini, ingat boleh lah siapkan keje yang tergendala, alih-alih dapat keje ad-hoc, buat event management untuk department away day. separuh hari dengan siapkan requirement dan petang pulak kena buat site-visit. haa.. jam 7.00ptg baru tiba opis. tapi tadi, sempat juga aku singgah kemaman beli keropok lekor.

esok cuti Maulud Nabi....sallallahu 'alaihi wasallam.. selawatlah ke atas nabi Muhammad SAW.... kelahiran yang mengubah dunia menjadi lebih bertamadun..

puisi maulid
dalam waktu yang sendat..
jangan biarkan ia terus padat dengan duniawi
sisihkan saat yang banyak buat santapan rohani
penyejuk jiwa penenang hati...
astaghfirullahal'azim, tuhan..ampunkan dosaku
hambamu sering lalai
moga maulud kali ini lebih beerti
salam kasih hanya buat wahai kekasihMu
sanah hilwah ya habibi ya Rasullallah
ma'assalamah

...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home