Wednesday, April 05, 2006

kasih ibu

terima kasih, ibu..
mengalir air mata aku bila awal malam semalam, ibu call aku. lama juga aku berbual dengan ibu aku.

hujung minggu lepas, sepatutnya aku balik kampung melawat ibu dan membeli barang-barang keperluan rumah di kampung. rancangan awal memang aku nak balik naik bas ekspress kuantan-shah alam. dah beli tiket, tapi atas sebab tugas di pejabat, aku korbankan tiket bas. terkorban waktu yang sepatutnya aku luangkan buat keluarga di shah alam. pengorbanan aku itu ku rasa agak berbaloi bila sabtu lepas, aku dapat meluangkan masa dengan anak-anak yatim Rumah Permata Camar, Kuantan. membantu adik-adik di situ memnyiapkan kerja sekolah sambil diselang-selikan dengan perbualan minat dan cita-cita mereka, sungguh seronok aku rasa. teringat zaman dulu-dulu, di waktu aku melakukan perkara yang sama dengan adik-adik aku sendiri di rumah.

kesihatan aku mula terganggu lewat petang isnin lepas sewaktu aku sedang menyiapkan tugasan pada lewat petang itu. dengan bersin-bersin tanpa henti dan peluh dingin yang mengalir, sungguh mengganggu kelesesaan badan. aku demam pada malamnya, namun aku gagahkan juga untuk datang bekerja pagi selasa kerana petangnya ada latihan yang perlu aku hadiri. sayangnya badanku semakin lemah dan bunyi bersin-batuk yang aku alami pagi selasa itu benar-benar mengganggu orang lain di pejabat. setelah aku bertemu doktor panel di klinik berhampiran, aku dinasihatkan pulang ke rumah dan mendapat uti sakit.

hingga saat aku menulis ini, kesihatan aku masih belum 100% pulih. aku pun hairan sebenarnya mengapa ia datang dan pergi. malah hari ini, gusi-gusi aku pula mula berdarah dan nyilu denyutan disekitar gigi aku sungguh menguji. aku rasa kecil di sisiNya. teringat aku pada tulisan yang dicetak dibungkusan ubat dari Klinik Penawar, Serdang yang pernah aku dapat sewaktu belajar dulu.. "sesungguhnya redha dengan penyakit itu penghapus doa, Allah bersama orang-orang yang sabar"

mungkin apa yang aku bualkan dengan ibu malam semalam ada benarnya. sejak akhir-akhir ini aku semakin jarang pulang ke kampung. tak kerap seperti dulu, setiap minggu pasti aku akan berada di shah alam. aku memang rapat dengan keluarga.. dengan ibu. selalunya aku mudah merasakan apa saja yang berlaku pada ibu. mungkin kebetulan kot. apapun.. semalam bila berbual dengan ibu, adakala mungkin kesakitan yang aku alami ini adalah ingatan Allah untuk aku meghubungi ibu dan ayah.

sedih dan pilu sebenarnya bila teringat cerita ibu pasal hal-hal di rumah beberapa malam yang lepas. pasal angah, pasal ayah, pasal adik-adik lelaki, uda & achik.. dan macam-macam. kadangkala emosi yang berat menghambat hatiku. tapi alhamdulillah, aku berjaya dan masih belajar untuk menanganinya. aku juga gembira bila ibu cerita yang ibu juga sudah dapat lebih tenang menghadapi dugaan-dugaan hidup di rumah.

secara ringkasnya, apa yang ibu tekankan, walaupun anaknya jauh dan kadang-kala mendiamkan diri.. ibu akan juga mendapat berita anak-anaknya walau hanya dalam mimpi. panjang juga pesanan dan nasihat ibu untuk aku..
..jaga solat
..jaga kesihatan
..bersederhana
..jaga perbelanjaan
..buat simpanan
..xxxxxx

yang 'xxxxxx' tu pepaham je la.. pasal kxxxxn.

apapun.. aku suka sangat dengar suara ibu dan dengar nasihat ibu..
benarlah kata2.. "kasih ibu berpanjangan"

sayang ibu..
lama tak peluk ibu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home