Wednesday, April 12, 2006

cuti selasa 110406

Beserah
1110pagi 12 rabiul’awwal 1427h

saat ini aku keseorangan di rumah. molly dan aida sudah awal pagi keluar ke bandar. ecah, kawan molly bercuti di kuantan sempena cuti umum maulidurrasul. yelah, bekerja di kerteh apalah yang ada sangat untuk anak bujang yang sudah biasa dengan kemeriahan kota. mungkin hari ini mereka berdua bermain boling di megamall, kuantan. aida pula keluar berdating agaknya. aku pula hanya di rumah.. menonton tv setelah mengemas bilik dan memasak sedikit jejemput tepung+bawang+bilis +cilimerah. sempat jugalah molly, aida dan ecah jamah sebelum keluar pagi tadi.

dari tadi aku asyik bertukar siaran antara astro ria (siaran langsung sambutan maulidurrasul), channel 11(travel & living) dan tv3 (konsert maulidurrasul by rabbani). Bila dah semakin lama, tu yang akhirnya laptop ini dipasang dan aku mula menaip sambil menonton tv. Sekarang aku menonton ria dan sedang berlangsung penyampain anugerah maulidurrasul 1427h. ada 12 orang penerima dari segenap umur, jantina, agama, yang telah menyumbangkan bakti mereka untuk agama bangsa dan Negara.

Apa yang terkesan di hatiku saat ini?
hanya Dia yang tahu… moga doaku dimakbulkanNya

aku tersenyum, terharu dan sejuta rasa yang sukar diluahkan tatkala setiap montaj yang disiarkan bagi menerangkan sumbangan setiap pemenang anugerah. Antara yang menyentuh dua pemenang terakhir, cik iman salleh dan pn norlina alwi. Entahlah…

tadi masa sempat aku tengok konsert rabbani yang banyak mengalunkan selawat ke atas junjungan kita Muhammad SAW. Sambil menonton, aku pun turut sama mengalunkan nada yang sama.. nada yang amat ku rindu… hingga meremangkan segala roma. Allah…besarnya kuasaMu..

sambutan di kuala Lumpur telah tamat.. aku pun nak berhenti menulis sekejap. 1130pagi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home