Thursday, January 05, 2006

Lagu Rasmi UPM

Dengar LAGU UPM (click at the link)

Alkisahnya, aku ni dah bergraduasi dari UPM sejak tahun 2000. Entah kenapa, suatu pagi beberapa hari yang lalu, semasa aku memandu kereta terdengar promo dalam radio yang berbunyi.. "UPM akan membuat sambutan Jubli Intan 75 tahun di Panggung Percubaan, UPM pada 6 Januari 2006. Kepada semua alumni dijemput hadir".

Aku pun baru sat-sat tadi masuk website. Wah! banyak perubahan. Menunjukkan aku dah lama tak jenguk website tu. Nampak link Lagu UPM tu terus je click nak dengar. Bukan apa.. selama ni aku tak pernah tahu dan ingat yang aku pernah menyanyikan lagu ni masa aku jadi siswa UPM dulu. Best juga!

nih lirik dia..
PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik : Dharmawijaya
Lagu : Dato' Ahmad Nawab


Bila agaknya aku boleh gi UPM atau berjumpa teman-teman lama ye!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home