Wednesday, June 01, 2005

tentang saya

Salam untuk semua yang masih sudi dan tak jemu singgah di ruang ini.

Lama sungguh tak menulis. Kebetulan hari ini ifa tak keje kerana mewakili syarikat dalam karnival sukan pantai timur anjuran persatuan rekriasi kami. Ifa main boling trio dan alhamdulillah menang dan team kami pun menang tempat pertama bagi keputusan penuh. Di Kuantan ni, mana lagi kalau tak kat Megalanes di Berjaya Megamall. Dan yang tak sangkanya, baru terjumpa Cyber Cafe. Lama tak berinternet terus je ifa masuk premis ni tadi. Kira oklah juga.

Niat asal tadi cuma untuk buat transaksi bank online untuk menjelaskan bil-bil bulanan. Alih-alih.. sempat juga berchat di YM dengan TukangC, Kak Dona & Akram. Bila dah berbual dengan Kak Dona tu, terus lah ifa teringat pada blog ifa yang dah lama tak dikemaskini dengan kisah terbaru. Sampai Fashah pun heran mana hilangnya si Ifa nih. Akram, kawan sekolej masa belajar dulu, pun baru dgr berita yang dia pun macam ifa, tak wat IT juga..

Hmm.. apa cerita saya?

Alhamdulillah sihat adanya. Kalau sakit2 sikit tu.. sakit2 biasa dan alhamdulillah masih terkawal. Biasalah tu kan.. adakala kita sihat, adakala kita sakit. Rumah sewa di Kuantan ni memang best sebab dapat housemate yg best juga macam Molly & Tuty. tapi Tuty akan habis latihan industri pada July ini.. sunyi sikit lah rasanya. Life kat sini okay.. cuma sometimes bosan juga. Banyak perkara yg selalu ifa buat di KL / Shah Alam, tidak ifa buat di sini. Tengok TV pun alih2 asyik TV3 ngan Channel 8.. jadi baru 2 minggu lepas ifa masukkan Astro juga. Heheh..

Keje? Macam biasa.. sentiasa sibuk. Tempat keje? Okay lah.. cuma sesetengah orang2nya kureng best sikit.. dan membuatkan ifa mula menghitung hari untuk kembali bertugas di KL semula. bila dah di sini, ifa lebih mengenali diri ifa yang sebenarnya lebih kepada 'city life' cuma kadangkala rindu pada teman-teman dan suasana di KL.

Tak rindu kampung? hmm.. sometimes.. sebab sebenarnya ifa tak sempat rindu dah balik Shah Alam tu. Ikut janji ngan ibu dulu.. sekali setiap dua minggu, tapi selalunya macam tiap hujung minggu gak balik.

Ngantuk plak rasanya tetiba. letih main boling + malam tadi jadi main committee for company dinner yang habis lewat + pepagi dah bagun... so rasanya tak panjang juga cerita ifa kali ini.

Rindu sangat kat korang.. the blog readers & bloggers sumer.. nak update blog sendiri ni pun macam bercinta, apatah lagi nak baca blog orang lain.

Buat Bob, Sahar, Kak wynn, Aishah, Maria, Shahrina, Fashah, Mawar, wkdin, Jolie aka kak dona, abd idham, jubeiz, ep, dan ramaiiiiii lagi...
SAYA RINDU lah ngan KORANG!

Jubeiz, best kan Kimi banyak gak menang F1. Last game aku tak sempat tengok la..

Mawar.. TAHNIAH atas pernikahan dan perkahwinan baru2 ni. Maaf ifa tak sempat datang.

UUhhhwaaa.. *menguap lagii*
ok lah..

jumpa lagi.. jaga diri
DON'T MISS ME!.. hehe

0 Comments:

Post a Comment

<< Home