Friday, June 24, 2005

TAHNIAH Adik Pya!

Legaa rasanya bila mendapat berita bahawa, adik ifa yang ke-2 last, Alfiah Humairaq (aka Pya) telah mendapat surat tawaran ke Ijazah Pengurusan Perniagaan di UUM, sintok Kedah. Wah nampak gaya kembali menjelajah utara lah ifa lepas ni. Dulu masa Pya MRSM, kat Transkrian, Penang. Lepas tu turun ke selatan bila masuk Matrikulasi Tangkak, Johor. Ifa ingat dia ke UTM, Skudai atau UIA, Kuantan.. senang sikit ifa dah menghantar atau apa-apa urusan. Al maklumlah.. ifa nih memang menanggung adik-adik yang bersekolah. Adik bongsu, Iqa pula tahun ni akan ambil peperiksaan PMR. Gemuruh ifa macam ifa pula jadi ibu. *tersenyum* seronok bila adik mula melangkah ke arah kejayaan!

Cerita pasal hari lahir, hadiah yang istimewa bila dapat tahu adik Pya dah lulus lesen kereta yang tertangguh dulu. Ifa belum sempat nak tengok lesen dia. Tak sabar rasanya nak balik hujung minggu depan. Yey!.. ambil cuti tahunan rasanya hari Isnin tu.

Pya & Iqa..
Moga berjaya!! Chaiyo! ChaiyO!

Adios

0 Comments:

Post a Comment

<< Home