Friday, June 03, 2005

aktiviti cuti

hari ini syarikat tempat aku bekerja diumumkan bercuti... sempena cuti umum- keputraan YDP Agong pada esok hari. macam best je kan. yelah orang lain keje hari jumaat, kita cuti. dapat pula, selasa dan rabu aku tak gi keje gak sebab mewakili syarikat aku main boling. aku rasa aku dah cerita pasal tu.

malah semalam aku ambil cuti kecemasan kerana tidak berapa sihat. nak ke klinik mengambil cuti sakit pun tak larat rasanya. seharian di atas katil.. bosan juga, nasib baik ada buku dan majalah. lewat petang baru ku gagahkan diri keluar ke sofa untuk menonton tv. teman serumah pula semalam si molly ke kertih untuk bermain squash.. dan yang si kecik tuty tu pula pun tak kerja dan terus pulang ke akmpungnya di seremban. keseorangan, nak bersms pun.. kawan2 masing2 sibuk. cuma sempat berbual ngan nda dan tita di telefon pada waktu pagi.

alhamdulillah, hari ini aku dah sihat. pagi-pagi lagi nda dah call aku. angan-angan nak bangun lewat terbantut.. tapi aku tak kesah kerana bukan senang aku dapat berbual panjang ngan nda macam dulu. bila sesekali berpeluang.. memang amat best! heheh.. terngiang-iang suara dia.. kadang garang, kadang sedih .. kadang manja.. lucu pun ada juga. cemburu besar dia bila aku kata hari ni aku tak kerja.

sempat juga pagi tadi aku masak jejemput resepi baru.. aku campur bawang + telur + bilis + lobak merah dan lada hitam sedikit. sambil makan, sambil tengok tv .. channel kegemaran aku channel 11 : taste & travel. molly ada ajak aku keluar tapi kami masing-masing berat punggung. lagi-lagi bila tetiba tertengok oprah show, cerita pasal one type of mental disorder.. lupa plak nama dia. tapi bagus betul show dia tghari tadi.

lepas zohor, aku ngan molly mandi skali lagi then solat before akhirnya kami berjaya mengeluarkan diri dari rumah.. dan terus menuju ke megamall.. mana lagi lah kat kuantan ni nak jadi port melepak. sampai-sampai tadi.. kitorang terus je tengok wayang. asal nak tengok cerita kartun madagascar... alih-alih tengok house of wax. huhuuhu.. lama tak tengok wayang, tengok-tengok cerita 18SG/PL. dah la aku memang amat berani tengok cerita terkejut-terkejut macam tu. hehe.. tapi yang pasti, aku survive. bolehlah juga layan cerita tu. paling best, ada 3 orang nenek tu layan sama cite tu.. masuk panggung pun orang GSC yang pimpin.. huhu.. memacam dunia ni kan. keluar wayang terus solat asar. then leh tibai dekat 17 lagu kat K-box karaoke. boleh lah kan. habis nyanyi.. gi solat maghrib then baru sat tadi aku ngan molly makan.

then, aku singgahlah cybercafe ni.. tadi nak wat bayaran online kat online banking. sempat gak borak ngan han DJW dan.. dikesempatan ini aku menulis lah blog ni. syian aku tengok kosong je selalu.

hmm.. cerita-punya cerita, petang tadi shahrina ada sms aku apa plan aku hujung minggu ni. siap tanya aku join tak boling ksrp kat pyramid. aku jawab lah yang aku tak tau cerita so, aku tak join. apapun.. aku memang akan gi KL cuma.. if aku gi.. aku tak balik umah ibu aku sebab ibu ngan ayah kat kota bahru. maybe stay rumah shahrina or.. stay hotel kot.. huhuhu.. berapa lama aku cuti pun tak pasti lagi.

yang pasti.. weekend ni macam biasa aku memang menerima banyak jemputan perkahwinan kawan-kawan aku... especially masyiro & mawar. tak tahulah aku sempat menayang muka ke idak.

dan.. saat ini, aku teringat pada seseorang..seseorang yg dekat dihati tapi jauh di mata. jika dia masih membaca blog aku.. aku cuma nak ucapkan terima kasih dan maafkan aku. entah kenapa aku rasa hati aku menjeruk rasa. entah apa-apa aku ni kan.. melankolik plak.

ok lah geng..
tetiba teringat lagu ni..
"rindu-rinduan jadi kenang-kenangan"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home