Monday, October 04, 2004

Kisah di Kuantan

Mana nak dimulakan ya.

Jumaat 1/10/2004
Aku bertolak dari rumah macam biasa ke tempat kerja di KLCC, jam 6.45pagi. Sambil dengar RMKL aku memandu hingga siaran RMKL tak kedengaran lagi, lalu aku pasang kaset koleksi di pemain kaset kereta Wira ku. Perjalanan hari Jumaat itu cukup panjang..
  • Lebuhraya Persekutuan (FH)-exit Nanyang SiangPau ke Kelana Jaya

  • Kelana Jaya-Lebuhraya Damansara:Puchong(LDP)-exit ke arah Kepong

  • exit selepasMutiara Damansara-Lebuhraya Penchala Link(LPL)

  • exit Jln Duta-Jln Tun Ismail-Jln Kinabalu:Kuching-Jln Sultan Ismail

  • Jln Ramlee-Jln Ampang-Jln Binjai-Jln Tun Razak (Utara)

  • Lebuhraya Bertingkat(EH)-Exit Ulu Kelang

  • Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2)-exit Kuantan

  • Lebuhraya Karak-Lebuhraya Pantai Timur(LPT)

  • Exit Sg Lembing ke Kuantan -Persimpangan Cengkih

  • exit ke K.Terengganu-exit Kawasan Perindustrian Gebeng.


  • Yang panjang-panjang tadi tu.. baru perjalanan dari rumah ke tempat kerja baru aku. Tiba di Gebeng, lagi 15 minit pukul 12.00 tghari, terus ku kirimkan sms mengkhabarkan aku selamat tiba buat beberapa orang tertentu. Sempat juga tumpangkan Yong macam biasa dan turunkan dia di KLCC. Aku sempat bersarapan (30++ minit juga)di Ulu Klang. Kelajuan kereta tak lebih 100km/j, tak mahu disaman perangkap laju lagi. Dah kena simpan duit untuk balik KL lepas nih.. bayar tol dan minyak yang dah naik harga 5 sen/liter. Aku memang dah terbiasa memandu laju. Bukan apa, pandu perlahan selalu buat aku mengantuk. Jadi untuk tabahkan hati, aku berkaraoke dalam kereta. *Tapi mesti dipastikan dah baca doa naik kenderaan dulu sebelum tu, kalau apa-apa jadi.. naya je*. Sempat juga merasa traffic jammed di area Lentang. Lama juga, dekat 1 jam. Masuk saja LPT, memang tak tahan bawa -100/km/j, minyak ditekan lebih sedikit kemudian maintain 110-120km/j.

    Kira hari Jumaat tu, aku wat Familiarization Visit ke pejabat baru. Bertuah aku sebab kompeni tanggung perbelanjaan pergi balik, makan dan penginapan. Jumpa Senior Manager dan Manager baru, sempat juga kenal gitu-gitu dengan rakan pejabat baru. Mesra juga. Disebabkan hari Jumaat, waktu lunch tu, aku terus gi makan tengah hari di gerai sebelah stesen minyak PETRONAS di Balok sebelum ke hotel untuk check-in. Nasib baik Swiss Garden Kuantan tu tak jauh. Jam 3.00 petang, aku jumpa bos di Gebeng. Beliau cerita serba sikit pasal jabatan aku dan kerja yang bakal aku pikul. Sempat juga kasi aku 'kerja rumah' (seminggu)di KL ni. Jam 6.00 petang baru balik ke hotel dan bersihkan diri.

    Walau keletihan, mata tak mahu terlelap kerana memandang pemandangan laut yang indah dari balkoni bilik hotel. Kawanku, Bilis (aka Nd) dan Baulu sudah beberapa kali mengirim sms mengkhabarkan kelewatan penerbangan mereka di KLIA. Terharu sungguh aku bila mereka berdua sanggup berkejaran setelah habis kerja petang Jumaat itu dan berusaha mengeluarkan duit poket sendiri untuk terbang ke Kuantan secepat mungkin menemankan aku menyelesaikan hal kediaman aku di Kuantan ini. Memandangkan aku keseorangan, aku hanya memerap di bilik menanti Bilis dan Baulu tiba. Masa yang ada ku penuhi dengan membaca surat khabar, menonton TV dan bermain computer-game "Rocket's Mania" (yang Antusemut ada cerita tu). Kapal terbang yang Bilis dan Baulu naiki ditunda beberapa kali akibat cuaca dan hanya tiba di Lapangan terbang Kuantan lewat tengah malam .. pagi Sabtu 12.30, mereka tiba di hotel menaiki teksi. Terima kasih tak ternilai kerana memahami aku yang keseorangan untuk memandu tengah malam menjemput korang di lapangan terbang. Tidak lupa, ucapan terima kasih buat Aishah kerana melayan sms 'SOS' untuk aku.

    Tanpa berbual panjang, setelah masing-masing membersihkan diri, semua lena keletihan hingga subuh hari ditemani kedinginan penghawa dingin dan sunyi malam.

    <11:35> Berhenti sekejap. Ada panggilan telefon dari new-housemate-to-be. :)


    5:20 PM
    ---------

    Sabtu 2/10/2004

    Lepas Subuh, sempat juga sambung tidur sebentar. Masuk saja jam 7.00pagi, mata sudah tidak mahu lelap. Melihat Bilis dan Baulu yang lena tidur kepenatan semalaman menanti flight mereka membuat aku tidak sampai hati mahu menyelak kain langsir bilik apatah lagi mengejutkan mereka. Lantas, selepas membasuh muka dan menyisir rambut, aku keluar ke balkoni melihat suasana pagi yang cerah setelah semalam bumi basah disirami hujan. Duduk dikerusi sambil membaca surat khabar, secara tidak langsung membiarkan tubuhku disinari mentari pagi. Hampir sejam lebih juga aku 'sun bathing', kemudian aku masuk meredakan panas kulit ku sebelum aku ber-'hot-water bathing in the bath tub'.

    Kami bersarapan di hotel (yang memang termasuk dengan harga bilik)saja. Selepas itu, aku memandu di sepanjang Jalan Balok & Jalan Beserah, kami meninjau-ninjau rumah yang ingin disewakan. Ada beberapa yang berkenan tapi akhirnya, aku bersetuju untuk melihat rumah yang telah dicadangkan oleh Mollyna aka new-housemate-to-be. Setelah berutusan sms dan membuat beberapa panggilan telefon, kami tiba di rumah yang dimaksudkan. Kawasan luar rumah memang luas. Rumah corner lot, 2 buah kereta boleh diletakkan di porch dan ada tanah lapang di tepi rumah. Sayangnya waktu itu jam 12:00 tengah hari dan kami tidak dapat bertemu tuan rumah lagi. Setelah berjanji-temu di petang hari, kami mencari tempat makan tengah hari sebelum pulang ke hotel. Panas terik membuatkan kami mengantuk kembali dan masing-masing terlena hingga aku menerima panggilan telefon. Urusan rumah sewa selesai jam 7.00malam lebih tatkala azan Maghrib berkumandang. Tuan rumah akak Mak Aji pun sudah menerima wang muka aka deposit dan aku sudah menerima kunci rumah.

    Bertuah lah aku dan Molly, rumah teres satu tingkat, lot tepi, luas, 3 bilik tidur, 2 bilik air, ada dapur basah dan kering... paling indah.. berdekatan dengan Pantai Pelindong, Kuantan.

    Rancangan awal untuk ke bandar Kuantan membeli barang-barang membersihkan rumah tergendala kerana sudah malam dan hujan sudah mula turun. Pulang terus ke hotel membersihkan diri dan solat sebelum keluar makan malam di sebuah gerai berdekatan hotel. Makan malam yang dimulai dengan kerang rebus dan sotong goreng tepung cukup membuka selera untuk terus menyuap nasi putih panas bersama tomyam campur, ikan siakap bakar dan kailan ikan masin. Minuman teh panas dan air limau nipis suam sungguh kena dengan kesejukan dek hujan yang masih mencurah-curah waktu itu.

    Pulang ke hotel dan berehat.

    Ahad 3/10/2004

    Seperti yang dirancang, selepas sarapan kami terus ke bandar membeli barang-barang dan terus ke rumah sewa baruku. Walaupun rumah itu sudah kosong tetapi ruang dapur dan porch masih banyak sampah yang ditinggalkan. Kerja mencuci dan membilas lantai saja sudah memakna masa lebih kurang 2 jam. Rancangan untuk mencuci tingkap terpaksa dibatalkan kerana kami bertiga (aku, bilis dan baulu) dah kepenatan dan LAPAR. Selepas mandi di bilik air rumah sewa ku itu, kami bertolak pulang ke KL. Baulu sempat juga menanam sahamnya di rumah ku itu. *Heheh.. nampaknya kene datang lagi la dia*.

    Perjalanan pulang memang memenatkan kerana tak sempat peluh kering kami sudah mandi dan bergegas pulang. Hanya singgah sekali di R&R Temerloh dan terus menghantar Bilis di Ampang dan Baulu di Damansara Damai. Aku tiba di rumah tepat jam 8.30 malam.

    Moga segala usaha kami ini diberkatiNya dan
    .. moga hari esok menjanjikan yang lebih baik buat diriku.