Wednesday, September 15, 2004

Sesi Risik Merisik

08:21 am
Sekejap lagi, aku akan hadiri sesi temuduga di Level 54, Jabatan Sumber Manusia. Jam 8.30 pagi di meja Pn Mn bersama beberapa orang staff lain. Apa agaknya isi cerita ya? Aku nak ucapkan terima kasih buat sahabatku yg seorang ini, Dxit sebab membantu aku kat situ. Thx ya, Na.

Ok la.. 6 minit lagi aku nak turun. Aku berhenti dulu kat sini.. nanti aku sambung lagi. Aku akan kongsi cerita sesi risik-merisik yang sebelum ini aku hadiri. OK

Semoga aku berjaya!
*bosan bila nama saja bekerja tapi tak buat kerja dalam erti kata sebenar*


11:25 am
Seronok juga sesi risik-merisik pagi tadi kat Level 54 tu. Tidaklah begitu lama, cuma lebih kurang 45 minit sahaja. Mereka ramah dan menerangkan dengan jelas situasi pekerjaan yang diperlukan. Aku tidak pula rasa gementar, tak macam suatu waktu dulu masa pertama kali aku menghadiri sesi seumpamanya hampir 9 tahun yang lalu, masa aku lepas tamat tingkatan 5.

Sesi risik-merisik ni, macam biasa.. dimulakan dengan sesi perkenalan, kemudian penerangan, perkongsian dan diakhiri dengan sesi pertanyaan terbuka. Seronok juga bila saat aku sedang berkongsi cerita dan pengalaman kerja aku terdahulu, mereka berdua (yang menemuramah aku) bagai begitu tertarik dengan kerjaya aku sebelum ini. Sesungguhnya benar bahawa komunikasi dua hala dan teknik-teknik komunikasi itu penting dan tidak sia-sia aku mempelajari subjek ini dahulu.

Kiranya sesi pagi ini adalah sesi ke-5 setakat ini. Sebelum ini bersama PERMATA, PCSB, ABF, PDB dan CAU. Itu semua ringkasan syarikat/jabatan yang cuba merisik-risik aku sebelum lamaran pekerjaan baru dikeluarkan. Setakat ini, semuanya masih belum ada berita selanjutnya.

Perasaan aku? Aku tak sedih kerana aku tahu diri aku dan kemampuan aku. Aku telah usahakan yang terbaik dan aku rasa seronok sebenarnya bila menghadiri sesi seperti ini. Aku dapat aplikasikan apa yg aku pelajari dan dalam masa yang sama aku akan mengetahui perkara yang baru. Bertemu orang adalah sesuatu yang menarik. Aku suka. Pernah suatu waktu dulu sewaktu aku mencari lamaran pekerjaan selepas tamat pengajian, aku menghadiri banyak sesi risik-merisik ini dalam masa 2-3 bulan lebih malah dalam sehari pernah 3-4 tempat. Berputus-asa, itu bukan prinsipal hidupku. Aku pergunakan sepenuhnya peluang yang diberikan. Yang penting, yakin, tunjukkan kredibiliti, berkomunikasi dengan baik dan lakukan dengan hati yang bersih. Kemudian haruslah disulami dengan doa serta tawakkal kepada Allah.

Keyakinan kita yang kuat pada Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan mengecewakan!
.. sebab, jodoh pertemuan, ajal maut.. semua itu HakNya! kita hanya perlu berusaha.

Buat teman-teman sekerja yang sudah menerima lamaran dan berpindah ke rumah baru.. bekerja di mana saja berada.. Semenanjung, Sabah atau Sarawak.. malah mungkin di bumi Eropah atau Australia (melanjutkan pelajaran), semoga hijrah kalian diberkatiNya dan pasti membawa hikmah yang terbaik dalam hidupmu.

Buat yang masih menanti dan menanti...
bersabarlah dan berusahalah.. jangan sesekali kesal kerna pasti ada yang lebih baik untuk kita.

Hidup ini adil, hanya kita sendiri yang kadangkala tidak adil pada diri kita.

4 Comments:

Blogger dalamdilema said...

Apa Kabar ifa,

"Hidup ini adil, hanya kita sendiri yang kadangkala tidak adil pada diri kita"

Betul ka?
Bukankah orang kata "Hidup ini tidak adil".

Adilkah hidup ini jka tiba-tiba orang potong queue di jalan raya, dan berlaku eksiden... dan yang eksiden itu adalah kaum keluarga kita? Adil...?

So.. mungkin yang boleh di hakimi bukan 'kehidupan' itu sendiri... tetapi manusia yang menjadi penghuni di dalamnya...

Kerana segalanya yang terjadi di dunia ini adalah berpunca daripada makhluk yg bernama manusia.

9:38 AM  
Blogger Ifa Alyana said...

Adil dalam kamus maknanya meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya..

contohnya "anting-anting adalah perhiasan telinga"
tapi.. sekarang, anting-anting dicucuk di bibir, kening dsb. tak adil dah namanya.

Quote Perisai DotCom
"So.. mungkin yang boleh di hakimi bukan 'kehidupan' itu sendiri... tetapi manusia yang menjadi penghuni di dalamnya...

Kerana segalanya yang terjadi di dunia ini adalah berpunca daripada makhluk yg bernama manusia."

Saya amat setuju! Sebabtu lah saya kata..
"Hidup ini adil, hanya kita sendiri yang kadangkala tidak adil pada diri kita"

kehidupan ini dah ada normanya sendiri.. cuma kita aje yg selalu suka menongkah arus.. wallahua'lam

11:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

Level 54 tu saya pegi risik2 jugak..

D'Angelo
http://www.biznaseducation.com/koko2003/lastbreath.swf

5:16 PM  
Blogger Ifa Alyana said...

hi D'Angelo..

hmm.. u pergi jugak? BTW.. boleh personal mail to me? or maybe u can call my ext? .. just cari Alifah.

hear from u soon!

9:13 AM  

Post a Comment

<< Home